Adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya ‘Phone Scam’

Adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya ‘Phone Scam’

Adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya ‘Phone Scam’. Guru dan pesara swasta yang juga adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya jenayah ‘Phone Scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia 56 dan 62 tahun, semalam.

Katanya, mangsa mendakwa semuanya bermula selepas menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada pihak insurans dan pihak polis pada 28 Februari lalu.

Adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya 'Phone Scam'

“Suspek memaklumkan maklumat diri mangsa disalahgunakan, yakni terbabit dengan jenayah penggubahan wang haram dan dadah.
“Disebabkan alasan untuk membantu kedua-dua mangsa menyelesaikan kes, mangsa telah diminta untuk membuka satu akaun bank lain dan diminta untuk mendedahkan maklumat akaun kepada sindiket.

Kemudian kedua-dua mangsa diarah untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang baru dibuka dan tidak menggunakan akaun terbabit sepanjang tempoh kes itu diselesaikan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa hanya menyedari diperdaya selepas membaca satu artikel berkenaan ‘Phone Scam’ di akhbar.

Katanya, mangsa kemudian membuat semakan ke atas akaunnya dan mendapati wang dalam akaun berkurang sebanyak RM500,000 dan RM158,000.

“Kesemua wang terbabit adalah simpanan kedua-dua mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer dan sebarang keraguan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243 atau hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 atau hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Baca Lagi:
Respon win Siti Nurhaliza kepada Aliff Syukri buat ramai terhibur
Jururawat kongsi pengalaman jadi ‘Sugar Baby’ jana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan
Lelaki jujur pulangkan wang RM9,697 yang ditemui di mesin ATM kepada pemiliknya
CATEGORIES