Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke

Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke

Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke. “Tidak wajib memuat turun aplikasi MyJPJ, kerana penguat kuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.”

Itu penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan pengguna susulan kenyataannya bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing, mulai semalam.

Loke menerusi hantaran dalam Facebook berkata, memuat turun aplikasi MyJPJ hanya satu daripada opsyen bagi mendapat salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu.

Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke

Menurutnya, selepas mengumumkan cukai jalan tidak lagi diwajib untuk dipaparkan di cermin kenderaan, semalam, banyak persoalan yang timbul.

Justeru, katanya, beliau memberikan pencerahan kepada beberapa soalan yang sering dikemukakan.

“Antaranya, adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Jawapannya, tidak, kerana pihak penguat kuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.
“Selain itu, orang ramai juga masih perlu membayar cukai jalan dan lesen memandu jika sudah tamat tempoh,” katanya.

Menurutnya, warga emas yang tidak memiliki telefon pintar dan capaian Internet, masih boleh mendapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya perlu.

Menerusi hantaran sama, Loke berkata, jika kereta dipandu oleh pemilik, cukai jalan digital boleh dicetak dan disimpan di dalam kereta.

“Namun, kalau tidak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguat kuasa akan semak butiran dalam gajet mereka,” katanya.

Mengenai masalah orang ramai tidak dapat mendaftar masuk MyJPJ, beliau berkata, seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa sama menyebabkan trafik sangat tinggi.

“Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Saya akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.
“Saya sedar dalam apa saja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan itu.

“Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin. Saya bersama pasukan di Kementerian Pengangkutan dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

“Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik,” katanya.

Baca Lagi:
‘Tidak perlu keluar KWSP, kerajaan akan umum bantuan’ – Rafizi
Pelanggan rakam tikus berkeliaran di kaunter bayaran, restoran makanan segera diarah tutup
Tun M umum keluar Pejuang
CATEGORIES