‘Ada Sugar Mummy Tawar RM200k’, Jojo terima padah selepas bergurau kongsi nombor akaun bank di Instagram

Photo of author

By Syima Iza

‘Ada Sugar Mummy Tawar RM200k’, Jojo terima padah selepas bergurau kongsi nombor akaun bank di Instagram.

Sebagai jaguh Muay Thai yang dikenali ramai, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih mesra dipanggil Jojo, sering menjadi tumpuan di media sosial.

Namun, baru-baru ini, perkongsian Jojo mengenai mesej yang diterimanya daripada seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘mami’ telah mencuri perhatian dan menghiburkan ramai.

'Ada Sugar Mummy Tawar RM200k', Jojo terima padah selepas bergurau kongsi nombor akaun bank di Instagram

Menerusi Instagram Story, Jojo berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya pada 4 Julai lalu, di mana wanita tersebut menulis, “Hi, Johan mami nak bayar you 200k (RM200,000).” Terkejut dengan tawaran tersebut, Jojo hanya membalas mesej berkenaan baru-baru ini dengan memberikan nombor akaun CIMB.

Namun, yang tidak dijangkakan, tindakan tersebut menyebabkan akaun banknya dibanjiri transaksi daripada pengikut-pengikutnya di Instagram yang kini mencecah lebih 418,000 orang. Rata-rata pengikutnya bergurau dengan memindahkan jumlah wang yang kecil, ada yang serendah satu sen!

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, jumlah paling tinggi yang diterima setakat ini adalah RM345.67 daripada seorang lelaki.

Reaksi Johan: Jangan Bagi Duit Lagi! Jojo, yang juga dinobatkan sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship, tidak mahu membiarkan perkara ini berlarutan. Dia dengan tegas meminta agar pengikutnya berhenti mengirim wang kepadanya, sambil menjelaskan bahawa dia hanya mahukan ‘duit sugar mummy’, bukan wang daripada mereka.

'Ada Sugar Mummy Tawar RM200k', Jojo terima padah selepas bergurau kongsi nombor akaun bank di Instagram

“Aku nak duit sugar mummy je, tak mahu duit anda. Terima kasih, anda ni pelik-pelik la. Ya Allah sudahlah, pergi bagi kat orang lain,” tulis Jojo.

Sumbanglah kepada Golongan Memerlukan Walaupun situasi ini mencetuskan gelak tawa, Jojo memanfaatkan keadaan tersebut untuk tujuan yang baik. Dalam video yang dimuat naik di Instagram Story, Jojo menyatakan bahawa semua wang yang diterimanya akibat ‘gurauan’ pengikutnya itu akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan di Kuching, Sarawak.

'Ada Sugar Mummy Tawar RM200k', Jojo terima padah selepas bergurau kongsi nombor akaun bank di Instagram

“Aku nak bagi balik duit yang anda semua bagi ni kepada mereka yang memerlukan. Aku tak perlukan duit tu. Kalau ada tempat yang memerlukannya di Kuching (Sarawak), beritahu,” kata Jojo lagi.

Lebih baik kita menyalurkan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan daripada melakukan sesuatu yang mungkin menyusahkan orang lain. Teruskan sikap baik hati, tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang betul!

Baca Juga:
Pemuda kongsi kisah peluk Islam, mengaku hidup tenang seperti dilahirkan semula
Selama 6 tahun kahwin, aku tak pernah rasa masakkan isteri, semuanya berpunca ada ustaz bagitahu ‘Memasak Bukan Tugas Isteri’
Lelaki amuk pukul tiang lampu isyarat guna parang