Ada ke orang buat air sirap basuh tangan?, ini penjelasan UAI

Photo of author

By Syima Iza

Ada ke orang buat air sirap basuh tangan?, ini penjelasan UAI.

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan ‘air sirap kenduri’ sebagai air basuhan.

Hukum haram.

Ada ke orang buat air sirap basuh tangan?, ini penjelasan UAI

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, UAI berkata tindakan itu haram kerana tuan rumah menyediakan air sirap sebagai minuman. Kata UAI, perkara itu sering dilakukan di mana-mana kenduri kerana malas untuk berjalan ke tempat cucian tangan.

Kalau pergi rumah orang kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram.

Ramai orang basuh (guna air sirap). Dia malas nak berjalan sebab paip jauh. Dia ambil sirap itu.

Kerana air itu disediakan oleh tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Ha kena jaga, jangan buat lebih kurang.

@abdmanbindin Air Basuh Tangan Kenduri #dakwah #ceramah #ustazazharidrus #kenduri ♬ original sound – AbdulRahman

Baca lagi:
Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini
Mayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota ‘minta maaf’
Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19