‘Abluo’ robot pintar pembersih tandas bakal beroperasi tahun depan

Photo of author

By Syima Iza

‘Abluo’ robot pintar pembersih tandas bakal beroperasi tahun depan.

Sebuah syarikat di Singapura, Hivebotics mencipta robot pembersih tandas yang dijangka beroperasi pada 2024, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Robot dipanggil Abluo itu akan bergerak di sekeliling tandas untuk mencari kotoran dan kawasan untuk dibersihkan. Ia mempunyai sistem sensor yang memberikan pandangan tiga dimensi (3D) kawasan sekitarnya.

'Abluo' robot pintar pembersih tandas bakal beroperasi tahun depan

Apabila mengesan kotoran, lengan robot itu akan berputar mengambil peralatan di atas rak seperti berus dan penyembur wap untuk menghilangkan kotoran tersebut dan bakteria.

Pengasas bersama Hivebotics, Tuan Dung Nguyen berkata, robot itu bertujuan mengurangkan separuh masa diperlukan tukang cuci untuk membersihkan tandas supaya mereka memberi tumpuan kepada tugas lain.

Abluo mula dibangunkan pada 2021 serta mendapat sokongan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan JTC Corporation. Ia sedang diuji di tandas taman perindustrian, hospital, pusat beli-belah dan lapangan terbang.

Fasa ujian awam robot itu akan dijalankan pada suku kedua 2024, sekali gus menandakan peringkat akhir pembangunannya sebelum dilancarkan pada Julai tahun depan, kata Nguyen.

Baca Lagi:
Tuan rumah pelik kolah bilik mandi disimen penyewa, rupa-rupanya mayat wanita ditanam di dalam
Diskaun saman trafik sehingga 50 peratus selama 3 hari bermula 8 Disember
Budak lelaki 4 tahun cedera sampai kulit terkoyak diserang beruk jantan bersiong