Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tercinta bercuti di Turkey dan tunai umrah

Photo of author

By Syima Iza

Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tercinta bercuti di Turkey dan tunai umrah.

Meskipun tidak henti dikecam segelintir netizen, pempengaruh media sosial, ‘Abang Tesla’ mahu membuktikan dirinya bahagia bersama dua isteri tercinta.

‘Abang Tesla’ memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bersama bagasi mereka menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), hari ini,

Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tercinta bercuti di Turkey dan tunai umrah

Berdasarkan kapsyen pada gambar itu, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama buat kali pertama.

“Trip pertama kami bersama Turkey+Umrah,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada segelintir netizen yang gembira melihat kebahagiaan mereka.

“Saya gembira melihat ini. Selagi kamu adil, abaikan apa orang kata.

“Netizen henti kecam nombor dua (isteri kedua). Apa yang pertama (isteri pertama) dapat dia pun patut dapat.

“Doa baik-baik saja, isteri pertama okey kita patut hormati saja,” tulis pengguna IG dikenali aqyeala.

“Semoga anda bertiga dilimpahi rezeki dan dirahmati… terbaik Abang Tesla,” tulis seorang lagi pengguna IG, Helmy Juhari.

“Okey kali ini aku sokong, bawa dua-dua bini baru adil, aku doakan korang (kamu) bercinta sampai syurga,” tulis dahlianick20.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video di TikTok dimuat naik Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah bernikah untuk kali kedua.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.

Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.

Abang Tesla berkata, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

Dalam hantaran berasingan, Abang Tesla memuat naik video menunjukkannya dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.

Lebih mengundang kemarahan segelintir netizen apabila ‘Abang Tesla’ dipercayai mengeluarkan kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Baca Lagi:
Pengasuh taska cubit dan hempuk kepala anak ke lantai, ibu rasa nak pitam lihat anak didera
Selepas resepi sambal sotong tular, Ira Kazar tunjuk ‘skill’ main gitar dan menyanyi pula
Baru usia 21 tahun, pemuda kena potong kaki akibat ketagih air berkabonat