Abang Salleh gadai nyawa, paut tali redah arus deras hantar bantuan makanan

Photo of author

By Syima Iza

Abang Salleh gadai nyawa, paut tali redah arus deras hantar bantuan makanan. Sebuah video menyaksikan seorang lelaki sanggup membahayakan diri meredah arus deras banjir untuk menghantar makanan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah di negeri ini meraih perhatian orang ramai.

Video berdurasi 26 saat dikongsi oleh pengguna di TikTok dengan akaun Zurainiswarno, menunjukkan lelaki dikenali dengan nama abang Salleh itu sanggup bertahan dalam arus deras bagi menyampaikan bantuan berkenaan.

Difahamkan, lokasi berkenaan ialah di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah di Segamat yang dijadikan sebagai PPS.

Abang Salleh gadai nyawa, paut tali redah arus deras hantar bantuan makanan

Menurusi video berkenaan, kelihatan beberapa mangsa banjir membantu abang Salleh dengan memegang kuat tali pada kedua-dua hujung bagi membolehkannya sampai ke pagar sebuah berkenaan.

Bagaimanapun cubaan tersebut tidak berhasil kerana arus terlalu deras sehingga memaksa lelaki itu berpatah balik.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya menerusi ruangan komen dalam video berkenaan menyampaikan simpati dan doa mereka kepada mangsa supaya tabah berhadapan musibah banjir di Johor.

Pengguna TikTok, Dee@mama Mai menulis: ‘Semoga dipermudahkanlah urusan saudara-saudara kita di Johor dan semua kawasan dan negeri yang terlibat banjir, Aamin’.

@zurainiswarno Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat 😭 Allaahhuuu 😭 #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim🔴🔵 ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Sementara Norihan Yahya pula menulis: ‘Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan bantuan yang dihulurkan’.

Chaah antara kawasan yang terjejas teruk dengan lebih 2,100 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 12 tengah hari Khamis, jumlah mangsa meningkat kepada 26,633 penduduk daripada 7,311 keluarga.

Baca Lagi:
Fasha Sandha cedera parah di mata ketika penggambaran
Rezeki terpijak, peniaga ‘bundle’ terkejut temui wang tunai lebih RM20,000 dalam guni pakaian terpakai
Tak sampai sebulan menang Lamborghini bernilai RM864,760, kereta hancur dalam kemalangan