Abang Panda daki gunung, hantar MCD (McDonald’s) dari Tawau ke puncak Kinabalu. Sejak adanya perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan, ramai yang telah mula menggunakannya untuk memudahkan urusan harian mereka.
Malah anda juga tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang atau membawa kenderaan untuk membeli barang kerana semua kini boleh diatur di hujung jari.
Rider Foodpanda hantar makanan di gunung Kinabalu
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Aameewa memaparkan aksi seorang rider Foodpanda bersama begnya sedang bergegas turun dari puncak Gunung Kinabalu.
Menerusi video tersebut, wanita itu secara berseloroh mengucapkan terima kasih kepada rider berkenaan kerana telah menghantar makanan segera dari Tawau ke puncak gunung tersebut.
“Terima kasih abang panda hantarkan MCD (McDonald’s) dari Tawau ke puncak Kinabalu,” katanya. Malah dia turut meminta orang ramai untuk mencari gerangan lelaki tersebut.
@aameewaLaju lg dia lari. Kasi fyp ba smpai jumpa owner nt ak belanja starbucks bilang 🤣👍🏻
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, terdapat seseorang yang berjaya menemukan akaun TikTok rider berkenaan dan Aameewa menyatakan bahawa lelaki yang dipercayai pakciknya itu telah membawa beg penghantaran tersebut dengan sendiri hingga sampai ke puncak gunung.
“Sekali dengan beg dan baju Foodpanda dia bawa ke puncak. Beg tu dia bawa sendiri yang dari bawah hingga ke puncak. Tahniah pak cikku,” katanya di dalam kapsyen.
@aameewa Replying to @meewa ᥫ᭡ ♬ original sound – meewa ᥫ᭡
Video tular sebenarnya sedang bergegas nak ‘check out’
Walau bagaimanapun, carian kami di TikTok mendapati rider tersebut tidak menghantar makanan ketika di puncak itu. Sebaliknya video tular dirakam ketika dia sedang bergegas untuk mendaftar keluar dari penginapannya.
Lelaki yang dikenali sebagai @nasirsabara94 turut berkongsi gambarnya yang memakai baju Foodpanda berserta beg dan juga bungkusan seperti makanan di sebuah papan tanda di puncak Gunung Kinabalu.
@nasirsabara94 haihh Masi belum boleh moveon bha.. #mountkinabalu #panalaban..#CapCut ♬ original sound – nasirsabara94
Tak hantar makanan tetapi mendaki gunung
Di ruangan komen Nasir sempat menjelaskan kepada orang ramai yang bertanya bahawa dia tidak menghantar makanan sebaliknya mendaki gunung terbabit.
“Tidak lah dik.. saya memang mendaki Gunung Kinabalu.. kebetulan saya juga rider.. jadi saya bawa la uniform (baju seragam) untuk bergambar-gambar,” kata rider Foodpanda itu.