Abang lori kongsi pengalaman mistik diganggu pakcik naik motosikal di R&R Perasing

Abang lori kongsi pengalaman mistik diganggu pakcik naik motosikal di R&R Perasing

Abang lori kongsi pengalaman mistik diganggu pakcik naik motosikal di R&R Perasing.

“Tidak sampai satu minit, pak cik tadi terus lesap. Lampu motor pun hilang, padahal jalan lurus”.

Begitulah perkongsian seorang pemandu lori yang dikenali sebagai Afiq di laman TikToknya @mohdafiq973 berkenaan satu peristiwa mistik yang dialaminya ketika sedang memandu lori dari Kuala Terengganu ke Kuantan.

Abang lori kongsi pengalaman mistik diganggu pakcik naik motosikal di R&R Perasing

Menurut Afiq, gangguan tersebut bermula selepas dia bertemu dengan seorang lelaki berusia sekitar 50 tahun yang menegurnya ketika dia berhenti di tepi jalan.

“Kebetulan pada waktu itu, keadaan lori tidak berapa baik. Jadi saya tidak boleh pandu laju, sekitar 50 hingga 60 kilometer sejam sahaja.

“Saya bertolak dari pukul 8.30 malam dari Kuala Terengganu dan kemudiannya berhenti tepi jalan. Tidak lama kemudian, ada seorang pak cik berhenti dan tegur saya,” katanya.

Tambah Afiq, lelaki yang menegurnya itu merupakan seorang yang peramah dan selepas berbual-bual beberapa minit, pak cik tersebut menceritakan berkenaan beberapa insiden kemalangan melibatkan kanak-kanak yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

“Pak cik itu kata, ada budak meninggal dunia tidak jauh daripada kawasan lori saya berhenti. Beberapa bulan lepas, ada tiga orang budak meninggal dunia di (jalan) depan.

“Tiba-tiba dia (pak cik) tanya saya, awak tak takut ke duduk seorang diri,” ceritanya.

Kata Afiq, dia tidak pelik sekiranya ada sebarang peristiwa mistik yang berlaku kepadanya. Namun, dia bersedia untuk melindungi diri sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

“Selepas saya cakap begitu, raut wajah pak cik itu terus berubah jadi marah. Tiba-tiba dia hidupkan enjin motosikal dan terus berlalu pergi.

@mohdafiq973♬ suara asli – afiq@panjang bunga api

“Pada waktu itu, enjin lori saya masih hidup. Jadi saya ikut pak cik tersebut. Tetapi alangkah terkejutnya saya, tidak sampai satu minit lebih, motosikal pak cik tadi terus hilang,” katanya.

Lebih mengejutkan, sewaktu Afiq memandu menghampiri kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, dia mula mengalami gangguan demi gangguan.

“Saya buka tingkap semasa memandu sebab bau hanyir. Tidak lama kemudian, saya dengar bunyi cakaran pada bahagian atas lori.

“Saya rasa dia nak uji saya hari ini. Ketika hampir sampai Kuantan, tiba-tiba tempat duduk saya bagai disentak-sentak. Badan pula mula rasa bahang,” ceritanya.

Afiq juga sempat berpesan agar pemandu yang melalui jalan sama agar sentiasa berhati-hati dan pasang ayat-ayat suci al-Quran untuk mengelakkan perkara sama daripada berlaku.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 53,200 tanda suka dan 1,632 komen.

Baca Lagi:
Tripod beralih kedudukan secara sendiri di apartmen terbiar, anggota kumpulan paranormal cabut lari
Tip pam angin tayar kereta dengan betul, lihat pelekat pada pintu kereta
Penumpang keretapi dakwa berjaya rakam kelibat ‘Bigfoot’ di kawasan pergunungan
CATEGORIES