‘Abang Grab’ disangka kekasih anak, wanita serbu kereta siap rakam nombor plat

Photo of author

By Syima Iza

‘Abang Grab’ disangka kekasih anak, wanita serbu kereta siap rakam nombor plat.

Seorang ibu merakam gambar kereta yang menghantar anak perempuannya pulang ke rumah pada waktu malam kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima, lapor portal berita MSNews.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di laman Facebook memaparkan ibu tersebut menyerbu tingkap sebelah pemandu dan mengemukakan beberapa soalan selepas lelaki berkenaan menurunkan anak perempuannya.

'Abang Grab' disangka kekasih anak, wanita serbu kereta siap rakam nombor plat
Gambar sekadar hiasan

Insiden itu berlaku sekitar pukul 8.22 malam (waktu tempatan) pada Ahad lalu.

Wanita itu berulang kali bertanya tentang hubungan lelaki itu dengan anak perempuannya, menyebabkan lelaki itu berasa keliru.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima, wanita itu pergi ke hadapan kereta dan merakam gambar nombor plat kenderaan tersebut.
Lelaki itu kemudian meminta anak perempuan wanita tersebut membuat penjelasan kepada ibunya bagi memberitahu perkara sebenar.

Kekecohan itu turut menarik perhatian seorang anak lelaki wanita tersebut. Dia kemudian memberitahu si ibu bahawa lelaki yang menghantar pulang anak perempuannya ialah pemandu Grab.

“Boleh saya pergi sekarang?” kata pemandu itu sebelum memandu pergi.

Dalam temu bual bersama laman berita Khaosod tidak lama kemudian, pemandu itu mendedahkan bahawa si ibu menghubunginya untuk meminta maaf berhubung salah faham yang berlaku. Katanya, mungkin wanita itu tidak tahu tentang perkhidmatan e-hailing.

Baca Lagi:
Niat nak bawa mak ayah tunai haji terbantut selepas kena tipu dengan scammer ‘Tiga Segi’
“Dia DM laki saya” – Wanita terkejut suami terlampau baik hati ‘Transfer’ RM3,000 kepada TikToker berstatus janda
Air laut Thailand menjijikkan, penuh dengan najis manusia