Aaron Aziz dedah terpaksa ‘cucuk’ atas permintaan Syamsul

Photo of author

By Syima Iza

Aaron Aziz dedah terpaksa ‘cucuk’ atas permintaan Syamsul. Nampaknya ‘perang’ antara aktor Datuk Aaron Aziz dan Syamsul Yusof semakin berpanjangan apabila aktor dari Singapura itu terus berkongsi rasa kurang senangnya terhadap pengarah filem The Original Gangster tersebut.

Ujar Aaron adalah mustahil Syamsul tidak mengetahui kecederaan tulang belakangnya sebelum membuat tawaran membintangi filem aksi berkenaan.

Aaron, 47, mendakwa, Syamsul pada tahun lalu ada beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan dialami.

Aaron Aziz dedah terpaksa 'cucuk' atas permintaan Syamsul

“Tahun 2022, kau datang ke rumah nak berbual fasal KL Gangster tapi rupanya cerita lain yang tengah kau buat.

“Kau kata tak tahu aku sakit tapi tiga kali datang rumah, berbincang di rumah dan isteri aku masakkan kuetiau untuk kau. Jangan tipu kalau kata tidak tahu aku sakit,” katanya.

Aaron menjelaskan perkara itu menerusi Instagram miliknya sebagai respons kepada penjelasan Syamsul berhubung punca aktor kelahiran Singapura itu disingkirkan daripada membintangi The Original Gangster.

Dalam pada itu, menjawab mengenai isu berat badan, Aaron berkata Syamsul juga tahu hakikat dia tidak dapat berbuat demikian (menurunkan berat badan) disebabkan baharu selesai menjalani penggambaran filem Geng Mamak.

Aaron Aziz dedah terpaksa 'cucuk' atas permintaan Syamsul

Kata Aaron, mustahil baginya untuk mendapatkan berat badan ideal untuk The Original Gangster apatah lagi penggambaran filem itu bermula sebulan selepas dia tamat penggambaran Geng Mamak.

“Aku baru lepas penggambaran Geng Mamak yang beri enam bulan berlatih. Penggambaran filem kau sebulan kemudian, kau nak aku turun berat badan? Mustahil tapi aku cuba juga,” jelasnya.

Kalau nak kata aku bohong, dekat akhirat kau menjawab!

Apa lebih mengejutkan, Aaron turut mendedahkan dia terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan bentuk tubuh yang menarik demi menjayakan filem terbabit.

Kata Aaron, dia mengambil suntikan itu juga atas permintaan Syamsul dan berbuat demikian demi memuaskan hatinya.

@therealaaronazizNi aku terpaksa bela diri aku.

♬ original sound – aaron aziz

“Kau hantar mesej dekat aku tunjuk gambar nak macam itu. Kau cakap pergi cucuk! Aku pergi cucuk!” katanya.

Menjelaskan lebih terperinci dakwaan Syamsul, Aaron berkata, dia berlatih tiga ke empat kali selama dua jam setiap hari bagi memastikan dapat membuat persediaan sebelum penggambaran meskipun dalam tempoh singkat.

Kata Aaron, dia juga sudah bertanya kepada Syamsul sama ada filem aksi itu sarat babak pergaduhan namun pengarah itu menjelaskan ia lebih banyak melibatkan penggunaan senjata api seperti pistol.

“Kalau nak kata aku bohong, dekat akhirat kau menjawab! Aku dapat mesej ada koreografer, aku datang. Aku bergaduh dengan artis itu ini dalam beberapa minit. Banyak babak bergaduh kau bagi dekat aku.

“Aku tak nak petik nama-nama pelakon lain. Ini masalah kau dengan aku,” katanya.

Sementara itu, Aaron menjelaskan dia mahu bertemu Syamsul tapi pengarah itu nampaknya cuba mengelak daripada bersemuka.

“Aku ajak kau jumpa, kau tak nak! Masa kau nak, kau datang rumah aku, bila dah tak mahu, buang aku macam sampah.

“Aku ajak jumpa sebab nak tunjuk badan aku. Aku cucuk hari-hari macam orang gila sakit. Aku sanggup ambil watak lebih kecil tapi kau tak mahu juga.

“Untuk yang nak tahu cerita sebenar inilah ceritanya, depan al-Quran ini, bulan Ramadan aku tak bohong,” katanya.

Pada Rabu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan dalam The Original Gangster walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan.

Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan dan keputusan itu bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain yang terlibat.

Sebaliknya Syasmul ialah orang terakhir yang terpaksa akur atas pengguguran Aaron itu.

Baca Lagi:
‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar
Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI
Gaya tekekung ‘ala kanopi’ Vida semasa solat terawih ditegur netizen