9 jemaah ditelan lubang benam ketika solat jumaat

Photo of author

By Syima Iza

9 jemaah ditelan lubang benam ketika solat jumaat.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik cemas apabila lantai sebuah masjid tiba-tiba roboh ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat, lapor portal berita Detik News semalam.

Insiden tersebut berlaku di sebuah masjid di Kompleks J City Medan, wilayah Sumatera Utara.

9 jemaah ditelan lubang benam ketika solat jumaat

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ceritamedancom menunjukkan lubang benam sedalam kira-kira 2 meter terbentuk berhampiran barisan jemaah.

Ketua Polis Deli Tua, Asisten Komisioner Polis Maruli Tua Siregar, mengesahkan bahawa kira-kira sembilan individu terjatuh ke dalam lubang tersebut, dengan lima daripadanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang cedera segera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kejadian berlaku ketika rakaat kedua solat Jumaat,” jelasnya.

@im.arjunsafruddin detik-detik mesjid j.city lantainya roboh😱 #fyp #viral #medantiktok #medanviral #medanboys🏴‍☠️ #medanhits #johor ♬ Astaghfirullah (Album Version) – Haddad Alwi

Rakaman itu telah mencatatkan lebih 65,900 tontonan, mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Ini sangat mengerikan,” tulis seorang netizen.

“Bagaimana boleh ada lubang di situ?” soal seorang lagi.

Baca Juga:
Orang ramai cemas badak sumbu gergasi kejar penunggang motosikal
Doktor ajar cara paling selamat nak jadi kaya, labur RM100 boleh dapat RM100k
Roti canai laku keras, pelanggan terpaksa masak sendiri di kedai