‘Sesat di hutan’, adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga.
Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Jika kejadian ini berlaku pada diri sendiri, lapan perkara ini menurut Komplot Hikers sangat penting dilakukan.
1. Langkah pertama ialah berpatah balik.
Kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)
2. Langkah kedua ialah, cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat.
Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panik makin sesat jadinya. Jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.
3. Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan.
Jika jumpa tunggulah di situ, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). Jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.
4. Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam).
Jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada.
5. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar.
Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Di sepanjang perjalanan tinggalkan tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari.
6. Mencari makanan dan bekalan air
Di dalam hutan banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan, ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada di antaranya yang beracun. Cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan.
Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. Cara kunyah lebih berkesan, tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Gunakan teknik yang sama jika hendak makan buah-buahan.
7. Bekalan air sebaik-baiknya carilah punca air.
Manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tanpa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan.
Contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan periuk kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air.
8. Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat