8 jam disoal siasat, Muhyiddin dedah perangai SPRM. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengakui pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melayannya secara berhemah dan tidak menekannya ketika memberi keterangan selama lebih lapan jam, hari ini.
Presiden BERSATU itu berkata, tempoh penahanannya berlangsung dengan agak lama disebabkan banyak perkara yang perlu diperiksa dan memakan masa.
“Mereka menguruskan perkara ini dengan agak berhemah, malah turut menghormati saya.
“Ia memakan masa kerana perlu melihat satu persatu rekod dan semakan dibuat sebelum dipersetujui.
“Tetapi, tiada tekanan yang diberikan pegawai penyiasat dan saya amat menghargai cara SPRM menyiasat dan menjalankan pemeriksaan,” katanya.
SPRM mengesahkan Muhyiddin ditahan pada jam 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.