8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku

8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku

8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku. Bulan ke-3 PJJ, suami balik jumpa aku dan anak-anak. Aku tak sangka itu kali terakhir dia melawat kami. Malam tu jugak dia bagitahu pada aku yang dia bercinta dengan rakan sepejabat. 3 bulan proses cerai, janda lah aku. Nampak sedih kan, tapi sebenarnya aku dah suka dekat student aku sendiri, muda 10 tahun dari aku..

Aku dibesarkan dalam keadaan serba sederhana, cukup makan, pakai, tempat tinggal, education semua lengkap. Aku rasa hidup aku lancar je. Lepas sekolah masuk asasi setahun, ambik degree, jumpa husband yang stable, kahwin, bekerja, mengandung, beranak dan seterusnya, yang mana hidup aku ni macam sempurna lah kiranya.

Dari kecik sampai besar, hidup aku uneventful sangat. Semua ikut ‘procedure’ yang biasa orang kita lihat. Sehinggalah suami aku diberhentikan kerja. Kejadian ini kira 4 tahun yang lalu. Masa ni aku kerja jauh dari husband. PJJ lah kiranya.

8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku

Gambar hiasan

Aku sewa rumah dalam 20km dari ofis, duduk dengan anak aku masa tu anak aku umur 1 tahun. Lepas diberhentikan husband aku diberi wang pampasan yang agak banyak dan dengan wang tu dia decide untuk buat bisness. Sebagai isteri, aku support keputusan suami aku.

Masa ni wang pampasan tu 100% digunakan untuk bisness dia dan untuk tanggung diri dia sendiri sikit – sikit. Makan, pakai, sewa rumah, installment kereta aku (kereta dia dah jual, rumah dia beli pulak disewakan untuk extra income), pengasuh anak dan semuanya guna gaji aku.

Aku baru bekerja selama 2 tahun jadi gaji memang cukup – cukup makan, tak menyimpan langsung. Masa ni hidup aku memang susah. Suami aku pulak agak high maintenance, sebab makanan nak 3 kali sehari lauk berlainan, beras perlu beras basmathi kalau tak dia tak lalu, minyak rambut, perfume dia dan macam – macam lagi aku nak kena tanggung.

Jujurnya, aku noob sangat pasal tanggungjawab isteri. Aku betul – betul ingat yang kalau suami tak bekerja, adalah jadi amanah isteri untuk tanggung keluarga. Jadi diam – diam la aku struggIe untuk cukupkan keperluan keluarga kami tanpa aku komplen sedikit pun kat suami aku sebab aku tak nak dia rasa terbeban.

Dalam masa 2 tahun, memang hidup aku tertekan. Suami aku rilek buat bisness dia yang makin hari makin merugi. Lepas kelahiran anak kedua aku, baru aku betul – betul cari tentang tanggungjawab dan amanah dalam keluarga.

Sebabnya aku rasa beban sangat. Apa guna ada suami jika balik – balik aku je hadap kesusahan. Masa ni baru aku sedar yang sebetulnya, macam mana susah pun, selagi suami sihat dan mampu, isteri dan anak – anak adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.

Isteri tak wajib pun tanggung keluarga. Kalau suami tak mampu jalankan tanggungjawab, urusan nafkah zahir perlu ditanggung oleh bapa kepada suami. Masa ni aku dah mula tawar hati dengan suami aku. Memang diambang penceraian masa ni.

Tapi kami bertahan sebab kesiankan anak – anak. Suami aku banyak berubah bila aku mintak diceraikan sebab tak tahan tanggung tekanan. Aku bagi peluang kepada suami aku. Memang suami aku banyak berubah. Di rumah, tugas aku memasak, menyusu anak kami, Iipat baju dan ke pasar sahaja.

Suami aku lah kemas rumah, menyiang lauk yang aku beli di pasar, basuh baju, sidai baju, mandikan anak, basuh berak anak dan semuanya lah dia buat. Suami aku baik sangat masa ni. Aku rasa aku lah wanita terbahagia walaupun suami aku tak bekerja tapi semua hal rumahtangga dia yang uruskan.

Bisness dia? Melingkup lepas 3 tahun. Masa ni jugak suami aku berusaha cari pekerjaan baru. Lepas 5 bulan job hunting, suami aku berjaya ditawarkan bekerja. Tapi kerja nya nun jauh di utara. Jadi, kami kembali PJJ. Dekat sinilah semua masalah berlaku.

Ni lah detik hidup aku mula berubah sepenuhnya. Ingat lagi tak, suami aku yang paling sweet sebelum dia mula dapat kerja? Well, selepas 3 bulan bekerja, suami aku dah mula berubah. Pertama sekali, dia berubah bila dia sibuk sangat.

Alasannya, dia engineer, kerja sampai lewat malam, tak sempat nak belek telefon. Aku memang percaya dekat dia. Aku ketepikan kehendak aku untuk nakkan perhatian dia. Disebabkan PJJ, kami jumpa sebulan sekali. Anak – anak aku jenis Iasak, aku tak mampu nak travel jauh sorang diri angkut anak – anak. Tak mampu.

Jadi, aku hanya tunggu dia yang datang pada kami. Bulan ke 3 dia bekerja, dia datang melawat kami anak beranak. Aku dan anak – anak excited sangat. Yela, dah sebulan tak jumpa. Mesti la rindu. Tapi aku tak sangka itu kali terakhir dia melawat kami.

Malam tu jugak dia cerita pada aku yang dia start bercinta dengan officemate dia. Aku rasa macam kena hempap langit masa ni. Setelah pelbagai susah senang yang kami dah lalui bersama, aku ingat yang dia akan pilih aku dan anak – anak.

Tapi aku silap. Dia pilih diyana, a programmer mix chinese malay yang kerja 1 company dengan dia. Kenal baru 3 bulan, tapi katanya soulmate. 3 bulan proses penceraian, akhirnya menjanda lah aku. Macam sedih kan? Haha. Nope.

Sebenarnya, masa suami aku masih mencari kerja, perasaan aku dah mula berubah. Tapi aku tak pernah curang sama sekali dengan suami aku selama mana aku bergelar isterinya! Itu janji aku, sebab aku bukan perempuan jaIang.

Perasaan aku berubah sebab aku macam tersuka kat sorang student aku. Lupa nak bagitahu, aku kerja lecturer. Student aku, Affan, (sekarang dah jadi suami aku), muda 10 tahun dari aku. Aku ajar dia pada semester pertama. Mula – mula aku anggap dia macam student aku yang lain.

Tapi aku tak tahu kenapa, lama – lama aku rasa something sangat dengan dia. Since aku masih isteri orang, aku ketepikan perasaan aku. Aku anggap sebagai bisikan syaiton yang mana perasaan tu akan hilang after a few weeks. After all, masa ni i had the almost perfect husband.

Tak sanggup aku nak curang. But that feeling didnt change a bit. Aku biarkan perasaan suka aku tu sorang – sorang. Aku layan Affan macam student biasa cuma aku rapat sedikit dengan Affan. Aku rajin balas whatsapp Affan yang selalu tanya soalan pelajaran kepada aku.

Aku bersunguh – sungguh bantu Affan sebab Affan ni pandai, tapi environment dia tak membantu untuk dia cemerlang. Affan dari keluarga miskin. Mak tukang jahit, bapak bawa lori, nenek dia kerja cleaner di office aku. Tak ada orang yang pernah tekankan tentang pelajaran pada dia.

So aku lah yang f0rce dia untuk memajukan diri dia untuk masa depan dia. Dipendekkan cerita, semester 1 Affan dikurniakan anugerah dekan. Perasaan suka aku pada dia aku pendamkan sorang – sorang sampai saat aku diceraikan.

Bila aku diceraikan, tak seorang pun dalam office aku yang tahu. Yang tahu, parents dan adik beradik aku. Affan adalah orang pertama yang tahu selain ahli keluarga yang tahu aku janda. Masa ni Affan dan memasuki semester kedua.

Which by the way dia score dekan lagi. Pada mulanya, aku whatsapp dengan Affan mintak tolong dia angkat barang – barang lab aku. Esok nya masa dia tolong aku di lab, ntah macam mana aku menyebut aku baru bercerai. Affan tersenyum.

Lama aku pandang Affan masa ni. Sebab jujurnya, senyuman dia lah yang menyebabkan aku suka kat dia waktu awal – awal dulu. Affan ada lesung pipit di kedua – dua beIah pipi. Berkulit sawo matang, badan tegap dan senyuman dia manis sangat.

Nampak gigi tersusun rapi. “Betul ke puan dah bercerai?”, Affan bersunguh – sungguh bertanya. Aku iya kan. Masa ni baru Affan luahkan, dia lama dah suka pada aku. Aku dengar dia meluah dengan hati berbunga tak yah cakap la.

Aku dah tua kot, dia muda banyak dari aku, 10 tahun lagi muda. Dia baru 18 tahun masa ni. Masih remaja lagi. Macam pelik sangat yang dia pun suka kat aku jugak? Dalam masa yang sama aku jijik jugak dengan diri aku sendiri. For heaven’s sake he is still a teenager!!! What am i flattered for??

Dari hari tu, setiap malam aku text dengan Affan. Affan mengisi kekosongan yang aku rasa lepas bercerai. Affan is a great guy. Dia ketua dalam course dia. Join army dan jenis yang happy go lucky. Paling aku suka pasal dia is dia pr0tective.

Ada la kematangan dalam diri dia tapi kebudak – budakkan tu banyak jugak. Kuat main PUBG. Affan caring sangat dengan anak – anak aku. Dia terima dan layan anak – anak aku sesunggunya. Affan jenis sukakan budak – budak. In fact, adik dia yang bongsu tu tua setahun je dari anak aku yang sulung.

Jadi Affan tak kekok dengan budak – budak. Affan serious dengan aku, katanya. Dan masa ni aku memang betul – betul suka sangat dengan Affan. Aku solat istikarah, mintak sangat petunjuk. Mintak dijauhkan dari zina, mintak supaya dibimbing jangan aku masuk ke jerat yang aku sendiri buat.

Aku takut. Affan masih study, masih mentah, masih budak. Aku dah berusia. Aku tak mahu anak – anak aku menjadi mangsa percaturan aku yang salah. Tapi makin lama makin aku rasa Affan untuk aku. Aku terima Affan walaupun baru 8 bulan menjanda.

Affan ajak aku berkahwin. Mula – mula aku tolak mentah – mentah. Affan terima biasiswa yang mana syarat dalam penajaan adalah tidak dibenarkan berkahwin. Aku pulak tak sampai setahun bercerai. Nanti apa kata orang?

Paling aku takut, hak penjagaan anak – anak aku akan beralih kepada ex suami aku. Aku tak sanggup. Aku sayang sangat anak – anak aku. Maka aku kembali ke sejadah. Sama juga Affan. Meminta diberi petunjuk. Tapi petunjuk yang sama jugak aku dapat, menjadi isteri Affan, pelajar aku sendiri.

Affan nak cepat menikah sebab waktu tu, bekas suami aku giIa talak dah. Asyik merayu untuk rujuk balik. Affan takut, aku lagi lah takut. Aku takut tersepit antara Affan, bekas suami dan anak – anak aku. Aku nyatakan hasrat aku pada keluarga aku.

Mak aku melenting. Ayah aku terdiam. Tapi mereka setuju jugak. Sebab itu hidup aku, jadi keputusan dekat tangan aku. Aku dinikahkan di rumah parent aku. Family terdekat sahaja yang hadir. Mak aku malu nak hebohkan pada orang lain. Family Affan?

Tak seorang pun hadir. Affan tak bagi tahu sesiapa pun hatta parents dia pun tak tahu. Kahwin jumaat, sabtu aku dah pulang semula ke rumah sewa aku. Masa ni aku happy bergeIar isteri Affan, tapi dalam masa yang sama, aku takut sangat.

Macam – macam benda aku fikir. Aku selalu tertanya – tanya, aku buat keputusan yang betul ke? Sekarang dah 5 bulan aku bergeIar isteri Affan. Dan sehingga sekarang, rakan sepejabat aku masih tak tahu aku dah bercerai dan kahwin dengan student kami sendiri.

Kawan – kawan Affan pun tak syak apa – apa sebab kami pandai sorokkan status. Yang menjadi masalah apabila family Affan dah start syak. Yela, kampung Affan sebeIah kampus sahaja. Weekdays alasan tinggal di asrama, weekend bila nenek Affan pangil balik dia tak balik, bila cuti semester pun alasan banyak assignment, jadi jarang balik.

Affan cucu sulung, cucu kesayangan nenek. Semua pasal hidup dia nenek dia nak control. Malah dia masuk course tu pun atas desakkan nenek dia. Sebab ni lah, dia rahsiakan perkahwinan kami dari family dia. Takut sangat dengan nenek dia.

Rahsia pun lama mana sangat boleh simpan kan? Sekarang ni, dah kantoi yang Affan dah berkahwin. Kantoi bila nenek dia bukak dompet, ada gambar aku dalam tu. Affan terus terang. Bagi tahu family dia, dia dah kawin senyap – senyap.

Mak dan nenek dia meraung sekuat hati. Yelah, anak dan cucu lelaki kesayangan belakangkan keluarga. Memang la melenting. Affan tak bagitahu aku isteri dia. Bila dipaksa pun, dia diam. Tapi sebabkan nenek dia kerja cleaner kat office aku, nenek dia cam syak yang aku isteri Affan dari gambar dalam dompet Affan.

Keesokan harinya, nenek dia memang renung aku tajam. Sejak pada tu, Affan tak berhubung langsung family dia. Kat kampus pun nenek dia tak pandang dia dah. Dia ada call ayah dia, dia mention dia berkahwin dengan lecturer.

Ayah dia kesal, tapi ayah dia pesan, kalau baik untuk dia, baik jugak lah untuk ayahnya. Ayah dia ampun kan dia, aku pun dah jumpa dengan ayah dia. Buat masa, ayah dia ok dengan aku. Baik sangat dengan aku. Tapi mak dan nenek dia masih marahkan Affan.

Sekarang, Affan ada sebeIah aku. Aku kesian sangat dengan dia. Kadang – kadang aku rasa macam aku ni teruk pun ada jugak. Tapi masa kami berkahwin, dia bukan budak – budak lagi. He was 19. Dari segi undang – undang, dia dah dewasa.

Tapi aku masih rasa bersalah. Sampai saat ni, aku masih persoalkan tindakan aku. Terburu – buru sangat kah?? Walau dalam kekalutan hidup aku sekarang, aku rasa tenang jugak. Tak rasa serabut pun. Mungkin sebab masih dalam mood pengantin baru.

Entah, aku tak tahu. Apa yang berlaku pun, aku tetap rasa ini adalah yang terbaik bagi aku. Aku masih lagi dilanda badai sekarang. Tapi sampai sekarang, aku okay. – Mia

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Hmmm… makcik suka jer dengan cara puan pensyarah ni selesaikan masalah hidup. Bila kita jadi perempuan yang bekerjaya, gembiranya kita bukan berg4ntung 100% pada pasangan. Kita boleh memilih untuk bahagia cara yang lain.

Jangan menderita dan jangan rendahkan maruah kita kerana nakkan kasih orang yang sudah mula beralih arah. Berkaitan dengan penceraian, abaikan. Biarlah dia. Ex-Suami nak kawin dengan yang lain, lepaskan. (Dah giIa talak la pulok !)

Berkaitan dengan perkahwinan baru, pendapat makcik, ok jer dengan hidup gitu (kawin dengan orang muda, kita bukan rampas suami orang). Kita raikan rasa rasa bahagia sekarang. Yang dah berlalu, biarkan.

Masa depan, kita susun pelan – pelan. Now, kita dah amik hati ayah mertua. Pelan – pelan kita amik hati nenek dan mak mertua. Insya-Allah, kalau j0doh panjang, teruskan. ” Bahagia kita lebih bermakna jika kita juga membahagiakan orang lain.”, cubalah bahagiakan juga mak dan nenek dia.

Jika hidup dengan dia juga menderita, kita tetap pilih plan lain, asalkan kita bahagia sebab tak berbaloi untuk menderita jika kita boleh memilih bahagia. Kan? Anak? Insya-Allah jika ayah dia baik, kita tak bergaduh, kita terus beri bahagia pada mereka juga. Semoga semuanya baik baik.

Safinah Said : Berbaik – baiklah dengan keluarga mertua puan. Sejauh mana pon hubby pergi, beliau dan puan wajib mentaati dan berbuat baik pada kedua – dua orang tua hubby. Mohon maaf atas kesilapan. Berterus terang. Semoga dipermudahkan. Kembali ke sejadah, mohon ampun dan petunjuk dari Allah. Semoga keluarga mertua memaafkn kalian dan meredhai perkahwinan kalian.

Wan Zuraida Wan Ismail : Siapa kita nak menolak j0doh kan. Tapi part membelakangkan keluarga tu adalah tidak matang. Tambahan pula awak kata awak beza umur 10 tahun dari dia. Sepatutnya awak yang bimbing dia agar membuat keputusan yang tepat. Apapun ianya sudah berlaku. Cubalah ambil hati mak dan nenek Affan. Mungkin mereka kecewa, tapi jika kena gaya pujuk, mungkin mereka boleh lembut hati.

Dira CH : Madam, saya tak tahu siapa awak tapi apa yang awak dah buat madam terus kan. Tentang mulut orang jangan hiraukan, teruskan pandang hadapan, yakin dengan kuasa Allah.. Allah maha mngetahui segalanya, siapa kita nak tolak takdir Allah.

For Affan be a good man, umur bukan penghaIang untuk menjadi bapa kepada anak – anak madam. Madam dan affan jaga keluarga hingga ke jannah. Ini semua sebhgian ujian untuk madam dan Affan..

أرفا ألملك : Part lain aku kagum dengan kau. Tapi, sampai part affan belakangkan keluarga dia, itu tak matang. Apa – apa pun, aku doakan rumahtangga kau dengan Affan baik – baik aje. Nasihatkan affan, jadi matang. dah jadi suami kan. Baliklah jumpa mak dia dan mintak maaf mintak ampun, mintak dorang terima isteri seadanya. Siapa kita nak menidakkam caturan ALLAH.
Baca Lagi:
Jika tak setuju, pergi hantar memorandum kepada Sultan Terengganu, Anwar tegur Hadi
Janda dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang, bincang majlis kahwin katanya
Guru wanita bersama kekasih gelap dicekup suami dalam bilik hotel
CATEGORIES