8.7 juta rakyat akan terima bantuan kewangan bermula hari ini – PM

8.7 juta rakyat akan terima bantuan kewangan bermula hari ini – PM

8.7 juta rakyat akan terima bantuan kewangan bermula hari ini – PM. Kerajaan memutuskan bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 yang dijadualkan pada Mac diawalkan pemberiannya kepada Selasa, 17 Januari 2023.

Dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fasa pertama bantuan itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM1.67 bilion.

Menurutnya, keputusan mengawalkan pemberian sumbangan itu adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat dan ia akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula hari ini.

8.7 juta rakyat akan terima bantuan kewangan bermula hari ini - PM

Tambah belliau, seramai 4 juta isi rumah akan menerima RM300 manakala 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta individu bujang masing-masing akan menerima RM100.

“Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

“Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Baca Lagi:
Wanita kongsi suasana kenduri kahwin di kampung macam ‘pasar malam’ curi tumpuan ramai
Pelakon Korea Selatan jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melancong ke Sarawak
Petua mudah halau semut dalam bekas gula
CATEGORIES