7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…

7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…

7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…

Impian bagi setiap wanita, pasti inginkan bakal suami yang baik dan boleh membimbing ke arah kebaikan. Jadi, kebanyakan wanita akan berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik dan bertanggungjawab untuk diri mereka.

Satu kisah yang diceritakan oleh @junaidah_ayu di TikTok mengenai seorang wanita yang selalu berdoa ingin mendapatkan suami yang baik dan doanya termakbul. Akan tetapi, ada sebab lain yang menyebabkan mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi...

Doa nak suami baik macam malaikat

Ceritanya bermula apabila wanita tersebut selalu berdoa mahukan jodoh yang baik seperti malaikat dan disertakan juga ciri-ciri calon suami yang dia mahukan. Dia mengamalkan doa itu dari zaman persekolahan, universiti sehinggalah dia bertemu dengan calon suaminya.

Syukur dia bertemu dengan suami yang baik dan ‘cukup pakej’ sama seperti yang didoakan jadi mereka pun hidup bahagia bersama-sama.

Memang ‘cukup pakej’, handsome, imam masjid, rajin pergi masjid dan rajin baca Al-Quran. Rajin beribadat, baik teramat sangat.

Dapat suami baik tapi bercerai pula?

@junaidah_ayuu Ujian dlm doa yg dikabul kan… #fyp #foryou #foryoupage #storytime #story #tiktokmalaysia #iiumconfessions ♬ original sound – Gadis Ayu🤍

Selepas tujuh tahun, wanita itu dan suaminya mengambil keputusan untuk bercerai. Hal ini menyebabkan rakan-rakan wanita tersebut tertanya-tanya apakah punca perceraian mereka sedangkan lelaki itu seorang yang baik.

Rupa-rupanya, bekas suami wanita itu tidak pernah menyentuhnya sejak mereka berkahwin tujuh tahun yang lepas dan wanita tersebut masih lagi dara sehingga ke hari ini.

Suami dia memang cukup pakej, tapi ada satu pakej yang mana suaminya tak pernah sentuh dia sepanjang tujuh tahun. Bukan tak pernah cuba, tiap kali nak bersama je.. suaminya memang tak dapat nak bersama. Suaminya menangis tapi masih tak boleh bersama.

Mereka juga pernah berubat secara alternatif, mungkin disebabkan sihir pemisah atau mati pucuk tetapi bukan itu puncanya.

Yang jadi masalahnya adalah suaminya memang tak ada selera langsung terhadap wanita seolah-olah sama seperti malaikat. Sekarang ni dia benci bekas suaminya sebab tak nak terus terang sebelum kahwin..

Oleh itu, @junaidah_ayu membuat kesimpulan untuk tidak berdoa secara berlebih-lebihan takut ianya dimakbulkan dalam keadaan kita belum bersedia.

Baca Juga:
Ulat berenga jatuh atas penumpang, pesawat terpaksa berpatah balik
Cuci cermin guna suratkhabar tapi masih tak berkilat? Ini cara yang betul yang masih ramai tak tahu
Tak senonoh! lelaki selamba ‘berak’ di hadapan rumah di kecam orang ramai
CATEGORIES