7 lelaki diberi notis amaran kerana berseluar pendek

7 lelaki diberi notis amaran kerana berseluar pendek

7 lelaki diberi notis amaran kerana berseluar pendek. Tujuh lelaki menerima notis amaran dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) bawah kesalahan aurat, memakai seluar pendek paras paha di sini pada Jumaat.

Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki belasan tahun dan 20-an itu hasil Ops Bersepadu yang diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut sumber dalaman MDTM, operasi tersebut dibuat ekoran daripada aduan awam yang diterima berkenaan terdapat aktiviti perniagaan shisha yang dijalankan di sebuah kedai makan berhampiran Gertak Chaber.

7 lelaki diberi notis amaran kerana berseluar pendek

“Dalam operasi itu, kami telah menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan bawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2009.

“Pada masa sama, PKD juga telah mengeluarkan 11 kompaun bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dengan nilaian sebanyak RM1,900.

“Lima kompaun bawah Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilaian RM1,500 yang menjadikan keseluruhan kompaun sebanyak RM3,400,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut sumber, Bahagian Penguatkuasaan MDTM akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti shisha di sini.

Ujarnya, MDTM mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkait dengan aktiviti menyalahi peraturan dan udang-undang.

Baca Lagi:
Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun
Lelaki OKU cacat penglihatan tunjuk kehebatan guna telefon bimbit buat ramai kagum
Impian wanita menjadi ‘Live host’ di Facebook musnah setelah ditipu RM16,799
CATEGORIES