7 jam perjalanan, Raisuddin dan isteri pergi jumpa kanak-kanak mirip Siti Sarah, Shuib buat video call

Photo of author

By Syima Iza

7 jam perjalanan, Raisuddin dan isteri pergi jumpa kanak-kanak mirip Siti Sarah, Shuib buat video call.

Hasrat Raisuddin Hamzah untuk bertemu kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah akhirnya dimakbulkan.

Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi memuat naik video pertemuan mereka ketika mengunjungi kediaman kanak-kanak perempuan bernama Miza itu di laman Instagram hari ini.

7 jam perjalanan, Raisuddin dan isteri pergi jumpa kanak-kanak mirip Siti Sarah, Shuib buat video call

Hasrat Raisuddin Hamzah untuk bertemu kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah akhirnya dimakbulkan.

Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi memuat naik video pertemuan mereka ketika mengunjungi kediaman kanak-kanak perempuan bernama Miza itu di laman Instagram hari ini.

Siti Fatimah berkata, dia menganggap pertemuan kedua-dua keluarga itu adalah rezeki meskipun mengambil masa tujuh jam untuk tiba ke destinasi dipercayai di Kedah.

“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa,” tulisnya.
Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, anak sulung Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni turut hadir yang kelihatan tersipu-sipu malu sebaik bertentangan mata dengan kanak-kanak tersebut.

Raisuddin yang dilihat duduk santai sambil bersembang kemudian menyifatkan Miza mempunyai gigi yang sama seperti Allahyarham Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Melihat di ruangan komen, Shuib ada meninggalkan pujian terhadap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan comel, sama seperti Allahyarham Siti Sarah sewaktu kecil.

Comel macam arwah masa kecil

7 jam perjalanan, Raisuddin dan isteri pergi jumpa kanak-kanak mirip Siti Sarah, Shuib buat video call

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga memuat naik sebuah hantaran memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama kanak-kanak itu.

Shuib pula buat ‘video call’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu, Miza menjadi tular di aplikasi TikTok selepas seorang ahli keluarganya memuat naik beberapa video mengatakan wajah kanak-kanak tersebut tidak ubah seperti Allahyarham Siti Sarah.

@atyra.am__ Aku harap abang @SHUIB SEPAHTU tengok ni ! Ada iras iras tak? korang tag dia kejap sampai dia tengok video ni ❤️ #fyp #pageforyou #fypシ゚viral ♬ suara asli – TORONTO

@atyra.am__ Membalas kepada @De LeyaShop kalau tak makeup macam mana pulak ? sama tak? sebiji tak? #fyp #pageforyou #viral ♬ bunyi asal – Atyra.AM__

Baca Lagi:
Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya ‘Kepala Air’, anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!
Iqbal sudi berkenalan dengan Inspektor Sheila, yakin boleh lembutkan hatinya yang garang
Anggota polis diganggu kelibat ‘mahkluk’ di SJR, rupa-rupa pocong di belakang pokok pisang