7 bulan berkenalan di WeChat, janda anak satu dicekup berkhalwat dengan pemuda

7 bulan berkenalan di WeChat, janda anak satu dicekup berkhalwat dengan pemuda

7 bulan berkenalan di WeChat, janda anak satu dicekup berkhalwat dengan pemuda. Lelaki yang berkenalan dengan seorang ibu tunggal melalui aplikasi WeChat, kira-kira tujuh bulan lalu, dicekup berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Taman Jelutong, hari ini.

Mekanik yang berusia 27 tahun itu memberi alasan terpaksa bermalam di rumah wanita berusia 49 tahun itu kerana mudah untuknya berulang alik dari tempat kerja di kawasan itu.

Pasangan itu dicekup berkhalwat sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 1.42 pagi tadi.

7 bulan berkenalan di WeChat, janda anak satu dicekup berkhalwat dengan pemuda

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah wanita berkenaan selepas menerima aduan awam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki membuka pintu berkenaan dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

“Siasatan kemudian menemui wanita terbabit dalam rumah itu dan mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Pemeriksaan juga menemui seorang remaja perempuan dalam bilik berasingan di rumah berkenaan yang juga anak kepada wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, lelaki itu turut memberi alasan yang mereka akan berkahwin pada 18 Mac ini, namun belum membuat sebarang permohonan bernikah.

Wanita itu pula tidak bekerja dan tinggal bersama anaknya selepas kematian suami.

“Mereka ditahan untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Baca Lagi:
Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288
Lelaki conteng masjid hina nabi undang kecaman orang ramai
Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata
CATEGORIES