6 selebriti wanita terkenal bukan saja cantik, rupanya pandai memasak

Photo of author

By Syima Iza

6 selebriti wanita terkenal bukan saja cantik, rupanya pandai memasak.

Selain mengintip fesyen selebriti tempatan dan antarabangsa, penulis juga suka mengikuti video masakan beberapa selebriti wanita tempatan ini. Mereka bukan sahaja bergaya, malah juga mahir di dapur. Sebut sahaja nama masakan – tempatan, Barat, Thai, Cina, Itali – semuanya mudah bagi mereka.

Tak sangka, walaupun hidup dalam kemewahan dan gaya hidup urban, mereka masih dapat menyediakan hidangan sendiri untuk keluarga tercinta. Untung betul…

6 selebriti wanita terkenal bukan saja cantik, rupanya pandai memasak

Datin Eina Azman

Datin Eina Azman Setiap video masakannya mendapat tontonan ratusan ribu. Menggemari hidangan tradisional, satu perkara yang penulis suka tentang pelakon cantik dan tinggi lampai ini adalah trademark “… is done” dengan lenggok suara yang serak manja.

Faradhiya

Penyanyi dan pelakon putih bersih ini pernah mendapat hentaman netizen kerana menggunakan ‘kuali buruk’ setiap kali memasak. Merepekkan… Tidak terikat untuk hidangan tradisi, Faradhiya juga handal membuat kek, masakan barat serta bermacam lagi. Confirm terliur setiap kali menonton video masakannya.

Sheila Rusly

Siapa yang tidak mengetahui kehebatan penghibur serba boleh Sheila Rusly. Hebat memasak sehinggakan menjadi duta untuk produk Maggi dan pelbagai lagi kelengkapan dapur. Kalau anda tak ada idea nak masak, tonton sahaja video isteri kepada pengarah Jinggo ini.

Hanis Zalikha

Siapa yang gila masakan barat seperti steak, spaghetti, atau masakan Korea, tonton sahaja video usahawan catik ini. Menariknya, Hanis turut berkongsi idea dan resepi menyediakan juadah ringkas untuk si kecil. Kaum ibu yang ada anak kecil, wajib follow IG Hanis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Zarazya

Bukan sahaja memasak untuk diri sendiri. Tapi tahukah aktres kecil molek ini turut menerima tempahan dari orang ramai, kiranya delivery service. Ada tempahan untuk kek, masakan tradisi dan pelbagai lagi. Dengar khabar, baru-baru ini Zarazya membuka kiosk nasi lemak di sebuah food court pusat membeli-belah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Elly Mazlein

Seorang lagi penulis kerap stalk ialah aktres berbakat Elly Mazlein. Suka video masakannya kerana nama yang diberikan untuk setiap hidangan cukup mencuit hati dan kreatif. Contohnya seperti “Sotong Masak Petai Gangster”, “Masak Lemak Udang Cili Padi di Hujung Mekar”… Fun kan?

Sebenarnya ramai lagi tapi yang 6 ini antara favorite penulis. Enjoy!

Baca Lagi:
Jangan salah beli, ini cara kira ‘Horsepower’ aircond supaya bil elektrik tak melambung tinggi
Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
Sebenarnya manusia tak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut terhadap manusia