6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia. Dengan teknologi yang semakin menggila, penciptaan kenderaan terutamanya kereta semakin menakjubkan. Banyak kereta-kereta konsep yang dikeluarkan mempunyai reka bentuk yang sangat futuristik.

Namun di sebalik semua ini, masih ada rekaan yang dianggap sangat pelik lebih-lebih lagi pada zaman kini. iluminasi.com kongsikan 6 kereta paling pelik dan aneh di dunia.

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

1. Flatmobile

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Kereta gila ini yang diberi nama “Flatmobile” digelar sebagai kereta paling nipis di dunia. Berapa nipis? 19 inci atau 48 sentimeter!.

Kereta yang kelihatan seperti kereta Batman ini dihasilkan dengan rekaan yang sangat bahaya di mana penciptanya, Perry Watkins meletakkan enjin jet turbin gas di bahagian belakang kereta.

Malah, kereta ini juga dikatakan sah digunakan di atas jalan raya, namun mungkin tak ada yang berani memandunya.

2. Thrust SSC

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Thrust SSC (Super Sonic Car) dikuasakan oleh 2 enjin turbojet Rolls Royse dengan tujahan 25,000lb. Enjin ini memberikan jumlah kuasa yang sama dengan 145 buah kereta Formula 1. Dahsyat kan?

Kereta ini mempunyai berat 10 tan dan merekodkan kelajuan maksimum sepantas 1,323 kilometer sejam di lembah Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat pada Oktober 1997.

3. LEGO F1

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Dengan sebanyak RM80,000 dilaburkan dan menggunakan 80,000 unit LEGO, sebuah kereta LEGO F1 paling besar dan paling nyata telah dihasilkan.

Kereta Ferrari F1 ini yang diinspirasikan oleh F2008 dibina pada skala 1:1 dan boleh dipandu. Ia telah dipamerkan di Amsterdam di acara “Lego World” yang diadakan di situ.

4. Dream Car 123

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Dream Car 123 ini mempunyai reka bentuk yang tersangat pelik iaitu seperti sebuah piramid dan mempunyai berat 3,628 kilogram. Ia dilengkapi dengan tangki dan menyala dengan warna neon pada waktu malam.

Apa yang paling menarik adalah ia dikuasakan oleh elektrik. Ia mampu bergerak pada kelajuan 64 kilometer sejam sejauh 386 kilometer dengan hanya mengecaj selama 3.5 jam!

Pencipta kereta ini Greg Zanis juga mereka bentuk sebuah menara garaj yang memanfaatkan kuasa solar dan angin untuk mengecas semula kenderaan pelik ini.

5. Colim

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Colim, sebuah kenderaan yang direkabentuk oleh Christian Susana adalah gabungan menarik antara sebuah kereta dan karavan.

Bahagian hadapan kenderaan unik ini boleh dipisahkan jika anda tidak berhasrat untuk pergi berkhemah dengan keluarga dan boleh digunakan sebagai kereta dengan 2 tempat duduk.

Ia mungkin bukan kenderaan yang cantik tetapi tersangat berguna memandangkan apa yang ditawarkannya.

6. Eclectic

6 kereta paling pelik dan aneh di dunia

Dikatakan sebagai kereta “tenaga autonomi” pertama di dunia, Venturi menghasilkan kereta aneh ini yang diberi nama Eclectic dengan panel solar dan turbin angin agar ia boleh menerima kuasa daripada elemen-elemen ini.

Ia juga mempunyai soket untuk pengecasan elektrik kerana gabungan panel dan turbin hanya mampu membekalkan kuasa menjangkaui 22.5 kilometer sehari.

Anda boleh membeli kenderaan canggih ini dengan harga RM131,500.

Baca Lagi:
Wanita ini dedah kenapa sanggup tawar harga RM909,999 untuk dapatkan plat ‘FF9’, rupanya sebab anjing kesayangan
Wanita 20 tahun dibunuh teman lelaki, mayat dibakar kerana mengandung
Isteri dengar suami mengerang 3 pagi, rupanya bercinta dan terlanjur dengan rakan sekerja banyak kali
CATEGORIES