5 tahun jadi ‘biawak hidup’ ditanggung Adira Suhaimi, ramai simpati dengar kisah hidup Datuk Red

5 tahun jadi ‘biawak hidup’ ditanggung Adira Suhaimi, ramai simpati dengar kisah hidup Datuk Red

Ramai yang terkejut dan tidak menyangka dengan apa yang dialami oleh Datuk Red selama ini. Datuk Seri Adnan Abu, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, mengumumkan bahawa beliau sudah lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap.

Di platform TikTok, Datuk Red secara terbuka memohon bantuan daripada orang ramai untuk memberikan sebarang pekerjaan yang halal bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya.

Datuk Red juga mendedahkan bahawa beliau telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2019. Tambahan pula, dalam wawancara bersama mStar, Datuk Red mengakui bahawa beliau sudah lama diisytiharkan bankrap dan terpaksa bergantung kepada belas ihsan isteri keduanya, Adira.

5 tahun jadi 'biawak hidup' ditanggung Adira Suhaimi, ramai simpati dengar kisah hidup Datuk Red

“Selagi tak usaha, selagi itulah tak tahu. Perkongsian mencari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira. Saya tak boleh tinggal diam dan biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa asalkan halal,” ujar Datuk Red.

Beliau turut mengakui bahawa beliau telah mencuba pelbagai cara untuk mencari rezeki, tetapi tidak membuahkan hasil yang diinginkan. Walaupun ada yang mencadangkan untuk mencuba menjadi pemandu e-hailing, tetapi pendapatan daripada itu tidak mencukupi untuk membayar hutang yang terlalu banyak.

“Saya terlalu banyak berhutang, sehingga berjuta-juta ringgit. Ada yang mencadangkan supaya saya menjadi pemandu e-hailing, tetapi itu hanya seolah-olah melepaskan tengkuk saya saja,” tambahnya.

Datuk Red turut mengucapkan terima kasih kepada Adira yang banyak membantunya selama ini. Beliau berharap agar kisahnya ini tidak disalah anggap atau dikaitkan dengan Adira. Baginya, Adira juga manusia biasa yang mempunyai keinginan dan impian sendiri.

Bagaimanapun, Datuk Red berharap agar orang tidak menyalahkan isteri-isterinya, tetapi mengambil iktibar daripada kisahnya ini.

Baca Juga:
Modal RM5 dah boleh raya tahun ini, netizen ucap terimakasih pada Mydin
Lelaki luah perasaan, bos tempat kerja minta RM100 seorang untuk majlis buka puasa dengan geng pejabat
Surat khabar tahun 1970 ramal gerhana matahari penuh akan berlaku April 2024
CATEGORIES