5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Photo of author

By Syima Iza

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk.

5 Rumah Paling Mahal di Malaysia

Melalui kawasan perumahan elit pasti membuatkan kita terpukau melihat keindahan dan kemewahan rumah-rumah di situ. Dalam artikel ini, kami kongsikan lima rumah paling mahal di Malaysia berdasarkan laporan Malaysia Date.

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Nak tahu di mana lokasi rumah paling mahal di negara ini? Jom semak!

5. Banglo Bukit Damansara – RM12 Juta

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Banglo di Bukit Damansara ini pernah menjadi kediaman ramai tokoh terkenal, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kawasan ini, yang lebih dikenali sebagai Damansara Heights, dahulunya menjadi tempat tinggal kakitangan kerajaan sebelum ibu pejabat dipindahkan ke Putrajaya.

Harga purata setiap kaki persegi bagi banglo di lokasi ini bernilai RM652.

4. Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur – RM12.1 Juta

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Terletak di Jalan Medang Serai, Bangsar, kondominium 21 tingkat ini mempunyai 121 unit rumah.

Kawasan ini menjadi pilihan kediaman bagi warganegara asing yang bekerja di Malaysia, dengan harga purata setiap kaki persegi mencecah RM815.

3. Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur – RM12.6 Juta

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Banglo mewah ini pernah menjadi kediaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Banglo yang berada di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Kenny Hill ini kini dinamakan sempena nama beliau. Harga purata bagi setiap kaki persegi banglo di sini adalah RM442.

2. Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang – RM13.6 Juta

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Kediaman kedua termahal di Malaysia ini terletak di kawasan Tanjung Tokong, Pulau Pinang, berhampiran Jalan Bunga Hinai.

Walaupun reka bentuk banglo ini kelihatan agak klasik, harga purata setiap kaki persegi rumah di kawasan ini bernilai RM854.

1. Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang – RM14.5 Juta

5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk

Banglo ini merupakan rumah paling mahal yang pernah dijual di Malaysia!

Terletak di kawasan kejiranan elit, ia dinamakan sempena bentuk bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus. Harga purata setiap kaki persegi bagi banglo di Pulau Tikus adalah RM570.

Keindahan dan nilai sejarah yang dimiliki oleh rumah-rumah ini menjadikan mereka simbol kemewahan serta lambang status di Malaysia.

Baca Juga:
“Jangan buat ‘content’ sedih raih simpati”- Wanita ramal peniaga bazar Aidilfitri tahun 2025 bakal rugi
Minah Saleh dari Rusia ini kongsi 5 benda “Wajib” bawa pulang ke kampung halaman jika melancong ke Malaysia
Buaya gergasi paling tua di dunia sambut ulang tahun ke-124