5 Senarai negeri di Malaysia tidak akan cuti umum Tahun Baharu pada 1 Januari 2025.
Ramai rakyat Malaysia sedang bersiap sedia menyambut kedatangan tahun baharu dan sibuk merancang percutian bersama keluarga.
Namun, tahukah anda bahawa hari Rabu, 1 Januari 2025, bukanlah cuti umum kebangsaan untuk semua negeri?
Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari, pejabat dan jabatan kerajaan di beberapa negeri akan tetap beroperasi seperti biasa. Bagi penduduk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu, Hari Tahun Baharu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum.
Negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang tersendiri dalam menentukan jadual cuti umum mereka.
Sebagai contoh, Kelantan dan Terengganu yang menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, lebih mengutamakan cuti berkaitan tradisi Islam, adat resam, dan budaya tempatan berbanding acara global seperti Hari Tahun Baharu.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, sambutan Malam Tahun Baharu tetap diadakan di negeri-negeri ini. Bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Alor Setar masih menganjurkan acara countdown, pertunjukan bunga api, dan festival Malam Tahun Baharu untuk membolehkan orang ramai turut serta dalam suasana perayaan, meskipun mereka perlu bekerja pada keesokan harinya.
Bagi mereka yang bekerja di syarikat swasta di lima negeri ini, adalah disarankan untuk mengesahkan dengan majikan masing-masing sama ada syarikat akan memberikan cuti pada Hari Tahun Baharu atau tidak.