5 senarai negara paling ramai rakyat murung & sakit mental

Photo of author

By Syima Iza

5 senarai negara paling ramai rakyat murung & sakit mental.

Tinjiuan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendedahkan bahawa lebih 29 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami gangguan kesihatan mental.

Masalah kemurungan dan kebimbangan merupakan kes kesihatan mental tertinggi, dengan hampir 500,000 rakyat Malaysia terjejas.

5 senarai negara paling ramai rakyat murung & sakit mental

Namun begitu, statistik di Malaysia masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang menghadapi situasi lebih membimbangkan.

Minggu ini, Panorama berkongsi lima negara yang mempunyai kadar kemurungan tertinggi di dunia.

1. Ukraine

Ukraine mencatatkan 6.3 peratus rakyatnya mengalami kemurungan dan masalah kesihatan mental.

Pelbagai isu kritikal yang dihadapi oleh negara ini, termasuk perang dengan Russia, telah menyumbang kepada peningkatan kesihatan mental yang buruk.

Ketidakstabilan ekonomi, kehilangan orang tersayang, dan perpindahan besar-besaran akibat konflik adalah antara faktor utama.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perang memberi tekanan hebat kepada sistem penjagaan kesihatan Ukraine.
Ini menyukarkan rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental. PTSD, kebimbangan, dan kemurungan menjadi lebih ketara disebabkan oleh ancaman keganasan yang berterusan dan ketidakpastian masa depan.

Ramai juga rakyat Ukraine menghadapi masalah kewangan yang memburukkan lagi keadaan.

2. Amerika Syarikat (AS)

Amerika Syarikat merekodkan kadar kemurungan sebanyak 5.9 peratus pada tahun ini, mencerminkan cabaran besar dalam menangani isu kesihatan mental.

Faktor seperti pengasingan sosial, ketidaksamaan ekonomi, dan tekanan hidup moden menyumbang kepada statistik ini.

Ketidaksamaan pendapatan di AS semakin melebar, menyebabkan tekanan kewangan kepada isi rumah.

Menurut Biro Banci AS, sekitar 11.5 peratus rakyatnya hidup di bawah garis kemiskinan, yang menyumbang kepada tekanan, kemurungan, dan kesedihan jangka panjang.

3. Brazil

Brazil mencatatkan kadar kemurungan sebanyak 5.8 peratus, menunjukkan isu kesihatan mental yang serius di negara tersebut.

Jurang pendapatan yang besar di Brazil menyaksikan kira-kira 31.6 peratus penduduknya hidup dalam kemiskinan.

Tekanan kronik, rasa tidak selamat, dan akses terhad kepada perkhidmatan asas seperti rawatan kesihatan mental adalah antara punca utama masalah ini.

4. Australia

Australia turut merekodkan kadar kemurungan sebanyak 5.9 peratus pada tahun ini.

Faktor seperti kesan jangka panjang akibat bencana alam, tekanan kewangan, dan pengasingan sosial menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental.

Pandemik Covid-19 memberikan impak jangka panjang terhadap kesihatan mental rakyat, termasuk ketidakpastian pekerjaan dan pengurangan pendapatan.

Biro Perangkaan Australia melaporkan bahawa sekitar 13.4 peratus rakyatnya hidup dalam kemiskinan, yang meningkatkan tekanan dan kemurungan.

Pengasingan sosial, terutama di kawasan luar bandar dan terpencil dengan akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan mental, turut menyumbang kepada masalah ini.

5. Estonia

Estonia, sebuah negara kecil, mencatatkan kadar kemurungan sebanyak 5.9 peratus.

Faktor seperti pengasingan sosial, jurang ekonomi, dan stigma terhadap kesihatan mental menjadi penyebab utama.

Meskipun Estonia mengalami perkembangan ekonomi yang pesat, terdapat jurang besar antara kawasan bandar dan luar bandar.

Prospek ekonomi yang terhad di kawasan luar bandar menimbulkan tekanan kewangan dan ketidakpastian, yang menjadi pencetus kepada kemurungan.

Baca Juga:
“Senang je rupanya..”, TikToker ini kongsi tips mudah cari makanan halal di negara China
Senarai 5 pekerjaan gaji paling rendah di Malaysia tapi kerja banyak kena buat
Penumpang e-hailing tiba-tiba menghilang, tinggal ‘Hadiah’ kain putih di tempat duduk