5 senarai haiwan pelik yang pernah ditemui, no 2 macam ‘Komando’
Banci Hidupan Marin memaklumkan bahawa alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies, dengan pecahan 6.5 juta di daratan dan 2.2 juta di lautan. Namun, saintis menyatakan bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Berdasarkan jumlah yang besar ini, masih terdapat banyak lagi haiwan yang belum dikenal pasti, dan rekod penemuan mereka adalah kecil.
Berikut adalah spesies tersebut:
JERUNG GOBLIN
Jerung Goblin ialah spesies jerung laut dalam yang jarang ditemui dan satu-satunya daripada keluarga Mitsukurinidae yang masih ada. Susur galur keturunan jerung ini dipercayai berusia sekitar 125 juta tahun.
Jerung berkulit merah jambu ini mempunyai muncung panjang, runcing, dan bengkok, serta gigi seperti kuku. Ia boleh bergerak dengan sangat pantas dan biasanya berukuran antara tiga hingga empat meter.
ANJING KOMONDOR
Anjing Komondor, juga dikenali sebagai anjing biri-biri Hungary, dipelihara untuk menjaga haiwan ternakan. Bulu anjing ini panjang, berwarna putih, dan menyerupai rambut dreadlock atau bulu mop.
ECHIDNA
Echidna, haiwan yang berasal dari Australia, juga dikenali sebagai tenggiling berduri dan membiak secara bertelur. Tubuh haiwan ini dilitupi duri dan mempunyai muncung panjang yang dilengkapi dengan electroreceptors, iaitu organ pengesan seperti yang terdapat pada haiwan lain seperti platipus.
IKAN BLOB
Ikan Blob ialah spesies lautan dalam yang mendiami perairan di atas dasar laut pada kedalaman antara 600 hingga 1,200 meter di luar pantai Australia, New Zealand, dan Tasmania.
Bentuk fizikal ikan ini kelihatan ganjil ketika berada di luar air. Saintis percaya bahawa bentuk tubuhnya yang unik direka khas untuk menyesuaikan diri dengan habitat di lautan dalam.
AYE-AYE
Aye-aye ialah mamalia dari Madagascar yang menyerupai kera dengan jari panjang, mata membonjol, gigi seperti tikus, dan telinga besar.
Haiwan ini menggunakan kaedah unik untuk mencari makanan, iaitu mengetuk pokok dan kemudian membuat lubang di dalam kayu menggunakan gigi kacipnya sebelum memasukkan jari tengah yang sempit untuk mengeluarkan mangsanya.