5 sekeluarga berdepan detik cemas disamun sekumpulan lelaki bersenjata

5 sekeluarga berdepan detik cemas disamun sekumpulan lelaki bersenjata. Sekumpulan penjenayah bertindak luar kawalan apabila menendang dan memukul seorang wanita menggunakan kayu dalam kejadian samun di Taman Petaling dekat sini pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu berlaku ketika mangsa bersama empat lagi ahli keluarganya yang lain berada dalam rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berumur antara 38 hingga 70 tahun.
“Siasatan mendapati kumpulan penjenayah terdiri daripada empat individu bertopeng dan bersenjatakan parang itu memasuki rumah teres dua tingkat tersebut menerusi pintu belakang.

5 sekeluarga berdepan detik cemas disamun sekumpulan lelaki bersenjata

“Suspek bertindak agresif dengan mengikat dan menutup mulut empat mangsa manakala seorang lagi mangsa tidak diperlakukan sedemikian atas faktor usia,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di bahagian belakang rumah.

“Siasatan dijalankan mendapati mangsa mengalami kerugian melibatkan wang tunai RM4,000, lima telefon bimbit dan pelbagai barang kemas bernilai RM20,000,” katanya.

Menurutnya, pihak polis yang menjalankan operasi mengesan suspek terlibat kemudian menemukan kereta yang dinaiki kesemua suspek di Taman Desawan.

“Suspek bagaimanapun dipercayai telah melarikan diri namun beberapa barangan dipercayai digunakan ketika kejadian telah ditemui.

“Usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:
Anak menangis teresak-esak ibu buat kejutan beri hadiah set stereng kereta
Cucu terpaksa hubungi bomba kerana tiada air mandi jenazah nenek
Cermin kereta pecah? Ini 8 cara untuk gantikan cermin baru dengan percuma
CATEGORIES