40 tahun saya dalam Pas bertanding pun guna duit sendiri, dari mana Pas dapat duit?

40 tahun saya dalam Pas bertanding pun guna duit sendiri, dari mana Pas dapat duit?

40 tahun saya dalam Pas bertanding pun guna duit sendiri, dari mana Pas dapat duit? Eksklusif Pemimpin AMANAH tertanya dari mana sebenarnya Pas memperoleh sumber kewangannya sehingga mampu meletakkan lebih 150 calon bertanding di peringkat Parlimen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 2018.

Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang berkata, berdasarkan pengalamannya selama lebih 40 tahun berada di dalam parti itu, beliau tahu benar mengenai kedudukan kewangan Pas dan kemampuan parti itu.

Ini kerana beliau terpaksa mengeluarkan wang simpanannya sendiri untuk membayar deposit dan menggerakkan jentera dua kali apabila bertanding mewakili Pas.

40 tahun saya dalam Pas bertanding pun guna duit sendiri, dari mana Pas dapat duit?

Kali pertama Ahmad bertanding adalah pada tahun 1999 iaitu di Parlimen Bagan Serai. Kali kedua adalah pada tahun 2004 di Parlimen sama dan turut bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing. Namun kalah pada dua-dua kerusi.

“Saya 40 tahun lebih duduk dalam Pas, kalau nak bertanding pilihan raya kena keluar duit sendiri. Saya bertanding dua kali semua bayar sendiri.

“Nak bayar deposit kena cari duit sendiri. Bendera, kain rentang, jentera semuanya perlukan lebih kurang RM15,000 (tidak termasuk keseluruhan perjalanan kempen). Belanja pun perlu cari duit sendiri.

“Begitulah seterusnya, sampai nak muktamar pun kita kutip derma. Itu yang terkenal dengan parti tabung Milo.

“Tapi tiba-tiba sahaja bermula dengan PRU14, Pas boleh meletakkan calon Parlimen lebih kurang 150 orang. Deposit sahaja berapa banyak, tak tahu dari mana mereka dapatkan wang,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Harapan Daily baru-baru ini.

Pada masa sama, Ahmad mendakwa PAS mendapat bantuan kewangan sejak parti Islam menjalinkan hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2015.

“Sebaik sahaja selepas berlaku Muktamar Pas pada 2015 di Kuala Selangor, apabila Hadi dah makin rapat dengan Najib, dari situlah bermulanya,” katanya.

Pada 2018, Abdul Hadi mengumumkan Pas bertanding di 160 kerusi Parlimen. Ia merupakan percaturan tertinggi pernah dilakukan parti itu

Baca Lagi:
Selepas 5 tahun jadi janda, tiba-tiba bekas suami dan mak mertua datang merayu sebab aku ada menda ni..
Wanita Ini dedah cara mudah nak kesan duit hasil rompakan dari mesin ATM
‘Lari keluar selamatkan diri’ – Doktor Malaysia di Gaziantep, Turkiye kongsi pengalaman hadapi gempa bumi
CATEGORIES