4 pekerja wanita nyaris dirodok leher dengan besi oleh lelaki mental

Photo of author

By Syima Iza

4 pekerja wanita nyaris dirodok leher dengan besi oleh lelaki mental.

Empat wanita yang berkerja sebagai penjaga kaunter di sebuah kedai di bandar Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia berdepan detik cemas apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali pada Khamis malam.

Kejadian terbabit dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan mangsa-mangsa berkenaan berada di belakang kaunter sedang sibuk berbual di kaunter berkenaan sebelum kejadian berlaku.

4 pekerja wanita nyaris dirodok leher dengan besi oleh lelaki mental

Tidak lama kemudian, mereka tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang berlari ke arah kaunter dan bertindak menyerang mangsa-mangsa menggunakan objek panjang dipercayai kayu.

Video berdurasi 17 saat itu turut memaparkan wanita-wanita berkenaan menjerit ketakutan dan melarikan diri daripada kaunter tersebut melalui pintu berdekatan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Sementara itu, anggota polis Parepare, Muh Iqbal memaklumkan pihaksnya segera bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat kejadian daripada kumpulan WhatsApp.

Katanya setibanya di lokasi kejadian, lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Parepare untuk ditenangkan oleh pihak polis.

“Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada suspek mempunyai masalah jiwa atau sebaliknya. Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Muh Iqbal turut memaklumkan suspek datang dari Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia dan sering mengutip barang-barang terbuang.

Baca Lagi:
Guru pesan kalau nak bagi anak cepat pandai menulis, jangan bagi kertas dan pensel, bagi dia buat perkara ini
Ramai yang tak tahu kenapa tayar kereta ada titik bulat warna merah, bukan saja-saja cop
Aliff Syukri mengamuk, pengasas tudung pakai Prada tak bayar hutang tapi selalu keluar tv