
4 gadis sedang berkelah bawah pokok bertempiaran lari dikejar ular tedung
4 gadis sedang berkelah bawah pokok bertempiaran lari dikejar ular tedung.
Sekumpulan empat orang gadis bersama beberapa kawan lelaki melalui detik cemas selepas seekor ular tedung ‘tumpang lalu’ ketika mereka sedang asyik menjamah makanan.
Memetik laporan Jambian, kejadian dipercayai berlaku di tempat Permandian Leang Londrong dekat Pangkep, Indonesia.
Menerusi rakaman tular itu dapat dilihat kejadian berlaku ketika empat gadis leka bersembang sambil menjamu selera di bawah sebuah pohon.
Bagaimanapun secara tiba-tiba terdengar suara lelaki yang berteriak memberitahu terdapat seekor ular.
Empat gadis itu yang panik terus melarikan diri sebelum kelihatan seekor ular tedung meluncur laju dirakam kamera telefon.
Malah, beberapa lelaki yang berada di kawasan perkelahan tersebut juga dilihat menyelamatkan diri dengan naik ke atas batu besar.
Nasib keempat-empat orang gadis itu tidak diketahui.
@utusantvofficial Ngeri betul tiba² dia melintas laju. Kejadian dipercayai berlaku di tempat Permandian Leang Londrong dekat Pangkep, #Indonesia #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fypdong #ulartedung #cobra ♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn