4 anggota Malbatt baru tiba di Lubnan cedera terkena serangan tentera Israel.
Lima anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba di Selatan Lubnan dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan.
Menurut maklumat terkini dari Tentera Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan yang membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan di Awali, Sidon, Lubnan.
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) dalam kenyataan berkata, konvoi yang membawa pasukan pengaman yang baru tiba di Selatan Lubnan telah tercedera dalam serangan dron yang berlaku berhampiran.
“Lima anggota pengaman cedera ringan dan telah dirawat oleh Palang Merah Lubnan di tempat kejadian.
“Tentera Lubnan juga mengesahkan bahawa tiga anggotanya yang berada di pusat pemeriksaan berhampiran turut cedera,” katanya.
Tiga tentera Lubnan turut dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
Unifil turut mengingatkan semua pihak supaya tidak meletakkan pasukan pengaman dan orang awam dalam keadaan bahaya.
“Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.
Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang melibatkan kekuatan 854 pegawai dan anggota, termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam, akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 hingga 18 November.