32 tahun tak pernah gunting rambut, wanita ini diiktiraf Guinness World Records, rambut terpanjang 2 meter.
Seorang wanita India yang tidak pernah menggunting rambut sejak berusia 14 tahun mencatat rekod dunia apabila memiliki rambut sepanjang lebih dua meter.
United Press International (UPI) melaporkan Smita Srivastava, 46, Uttar Pradesh diiktiraf Guinness World Records (GWR) sebagai individu memiliki rambut terpanjang pada orang yang masih hidup.
Smita berkata, dia mendapat ilham untuk menyimpan rambut panjang selepas melihat pelakon Hindi pada tahun 1980-an.
“Dalam budaya India juga, dewi secara tradisinya mempunyai rambut yang sangat panjang. Dalam masyarakat kita, ia dianggap tidak menguntungkan untuk memotong rambut.
“Jadi itulah sebabnya ramai wanita India membiarkan sahaja rambutnya tumbuh panjang. Lagipun berambut panjang menaikkan lagi aura kecantikan wanita,” katanya kepada GWR.
Smita berkata dia tidak berhasrat untuk memotong rambutnya dalam masa terdekat.
“Saya akan menjaga rambut selagi boleh. Saya tidak akan memotongnya kerana nyawa saya terletak pada rambut saya.
“Saya mahu rambut tumbuh lebih panjang dan lihat berapa lama saya boleh menguruskannya,” katanya.
Say hello to Smita Srivastava from India, the woman with the longest hair in the world 🙋♀️
Her long locks were measured at 236.22 centimeters (7 ft 9 in) 👀 pic.twitter.com/Pkb6xms8Sp
— Guinness World Records (@GWR) November 29, 2023