“32 tahun ibu jaga anak ibu senang-senang kau bunuh anak orang” – Ibu mangsa

“32 tahun ibu jaga anak ibu senang-senang kau bunuh anak orang” – Ibu mangsa

“Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” itu rintihan ibu mangsa bunuh, Rozita Radzuan, 56, sebaik tertuduh dibawa keluar dari lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, di sini, hari ini.

Rozita yang berjalan longlai dipapah ahli keluarga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan perasaan terhadap tertuduh yang juga menantunya itu.

Wanita yang mengenakan jubah berwarna gelap kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa meninggalkan kompleks mahkamah.

"32 tahun ibu jaga anak ibu senang-senang kau bunuh anak orang" - Ibu mangsa

Terdahulu, tertuduh, Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh isterinya bulan lalu. Penganggur itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, di sini, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

Oleh yang demikian, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 20 Jun lalu, media melaporkan lelaki terbabit menyerah diri di balai polis jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Jelas beliau, mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman serta pisau.

Baca Juga:
Bengang isteri minta cerai, pemain golf profesional bakar rumah
Pasangan kekasih rempuh MPV Polis gara-gara takut ditangkap berkhalwat
Pelanggan tak sengaja patahkan sofa, pemilik kedai pakaian berang lapor polis
CATEGORIES