3 tahun tak balik, anak buat kejutan pulang ke Malaysia hingga ibu meraung gembira

Photo of author

By Syima Iza

3 tahun tak balik, anak buat kejutan pulang ke Malaysia hingga ibu meraung gembira. Setiap ibu bapa pasti akan sentiasa merindui anak-anaknya, tidak kiralah dekat atau jauh mereka sentiasa menantikan kepulangan si anak dengan penuh sabar.

Malah rasa sakit menahan rindu sanggup ditanggung sebaliknya ianya digantikan dengan doa agar anak yang disayangi sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

3 tahun tak pulang Malaysia, lelaki buat kejutan untuk ibu bapa

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Najmi Rosni yang memaparkan dia membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya setelah dua tahun tidak pulang ke Malaysia kerana berada di luar negara dipercayai di Mesir.

3 tahun tak balik, anak buat kejutan pulang ke Malaysia hingga ibu meraung gembira

Menerusi video tersebut, kelihatan Najmi yang menaiki motor kononnya menyamar menjadi seorang penghantar bunga untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya itu sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurutnya kejutan itu dibuat kerana mahu melihat sama ada kedua orang tuanya itu mengenali dirinya ataupun tidak selepas tiga tahun dia tidak pulang ke negara ini. Dia kemudian memasuki rumah tersebut dan memberikan salam untuk memberikan bunga berkenaan yang kononnya diberikan oleh Najmi yang berada diperantauan.

Malah dia turut membacakan kad ucapan sempena ulang tahun perkahwinan ke-31 pasangan terbabit.

“Happy Anniversary mama dan abah yang ke-21. Semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,” tulisnya.

Menyamar kononya jadi rider penghantar bunga

Dia yang menyamar sebagai rider penghantar bunga itu turut meminta pasangan tersebut memberikan ucapan kepada Najmi di atas pemberian itu.

@najmirsni Hidup perantauan berjauhan dengan family ✈️ 3 tahun tak balik .. Rindu Mama&Abah ❤️#tiktok #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – najmirosni

“Terima kasih emi (Najmi), I love you. Emi balik cepat ya mama dengan abah rindu,” kata ibunya ketika dirakam oleh Najmi.

Sejurus sahaja ucapan dibuat, Najmi kemudian membuka topi keledar yang dipakainya sehingga membuatkan si ibu meraung seolah-olah seperti melepaskan rindu yang sudah lama ditahannya selama ini.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat video itu terutama ketika terdengar si ibu meraung ketika melihat sosok tubuh si anak yang lama dinantikan untuk pulang.

“Part mak dia meraung tu, auto menangis”

3 tahun tak balik, anak buat kejutan pulang ke Malaysia hingga ibu meraung gembira

Baca Lagi:
Ini cara nak dapat cas ‘delivery’ paling rendah bila pesan makanan, RM1 pun rider hantar
Jaga mulut! 3 perkara ini tak boleh buat main dalam rumah tangga
Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata