3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook

Photo of author

By Syima Iza

3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook.

Sejak semalam, tular beberapa tangkap layar menunjukkan hantaran seorang individu anonymous dalam group Facebook yang berkongsi hasrat untuk menjual rumah yang disewanya.

Menerusi hantaran tersebut, individu yang telah menetap lama di rumah terletak di Rawang itu mengatakan pemilik rumah sudah lama tidak munculkan diri dan dia pun sudah lama tidak membayar sewa.

3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook
Gambar hiasan

Susulan itu, dia bertanyakan kepada ahli dalam group bagaimana cara untuk dia menjual rumah tersebut.

“Macam mana prosedur nak jual rumah ni ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ni sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

“Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul. Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang sebab owner dah takde dah/hilang.” tulisnya di Facebook.

3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa marah dengan individu itu yang mahu menjual rumah bukan miliknya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mempersoalkan tindakan individu tersebut dan menasihatinya agar mencari ahli keluarga pemilik tersebut.

Gagal mendapatkan solusi daripada ahli group dan mendapat kritikan hebat, individu itu juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen di ruangan komen kerana tidak membantunya.

Baca Lagi:
Kerajaan Cambodia desak pelawak Malaysia Uncle Roger mohon maaf selepas komen makanan di negara itu tidak sedap
Wanita dakwa disihir ibu mertua guna darah haid sampai kemaluan rasa terbakar, bapa mertua nampak isteri puja gambar perkahwinan
Kru, penumpang diancam, Malaysia Airlines MH122 terpaksa berpatah balik