3 soalan mudah dari Ustaz Azhar Idrus gagal dijawab MB Kedah

Photo of author

By Syima Iza

3 soalan mudah dari Ustaz Azhar Idrus gagal dijawab MB Kedah. Jarang dilihat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor beraksi gugup apabila berdepan dengan sebarang situasi.

Muhammad Sanusi yang terkenal dengan keyakinan dan keberanian ‘menepis’ sebarang isu, berbeza pula reaksinya apabila berdepan dengan tiga soalan daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam satu program di Kedah, malam tadi menerusi TikTok.

3 soalan mudah dari Ustaz Azhar Idrus gagal dijawab MB Kedah

“Kita bagi tiga soalan mudah yang menunjukkan kepakaran seorang menteri besar jawab. Pertama soalan budak-budak yang sangat senang dan kedua, senang,” kata Ustaz Azhar.

Soalan-soalan yang disoal Ustaz Azhar ialah, ‘antara pensel dan bateri yang mana lebih bijak’ dan ‘ikan apa yang apabila disebut namanya, akan berhenti berenang’, namun, kedua-dua soalan itu gagal dijawab Muhammad Sanusi sekali gus mengundang tawa penonton berikutan reaksinya yang kelihatan gugup tanpa jawapan.

“Antara pensel dan bateri, bateri lebih bijak sebab pensel dua B (2B), bateri dua A (AA) dan ikan yang berhenti bila sebut namanya ialah ikan ‘pause’ (paus).

“Soalan ketiga ni terlampau senang, kalau tak dapat jawab jadi ‘driver’ (pemandu) saya.

@dinlebaibetta Santai mb bersama Ustaz Azhar Idrus karnival kedah sejahtera #mbkedah #sanusimdnor #kedah #masjidzahir #uai #lawak #lawakpecahperut #malaysiatiktok #santaitapiberisi #CapCut #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral#alorsetar ♬ original sound – Muhamad Nassarudin

“Penyakit yang akan hilang serta-merta apabila bersembang dengan isteri?,” tanya Ustaz Azhar.

Soalan itu juga gagal dijawab dan sebagai balasan, Menteri Besar itu ‘bangkit’ memberi soalan pedas kepada Azhar, “Kita dari nombor tiga nak pi (pergi) nombor empat, nak buat macam mana Ustaz?.”

“Nak mengata aku? Nanti aku PM tepi,” balas Ustaz Azhar yang dipercayai memiliki tiga isteri dan cuba mengelak sambil mendapat sorakan hangat penonton.

Baca Lagi:
Bekas suami dipuji tetap beri RM1000 sebulan, siap bagi 20 peratus bonus untuk bekas isteri
Warga emas jumpa kerongsang emas lama berbentuk hati bernilai RM123,864.00
Hotel berhantu di Melaka, dengar suara anak panggil dari luar bilik jam 2 pagi