3 kereta Tesla Roadster tersadai dalam kontena selama 13 tahun bakal dilelong RM3.34 juta

3 kereta Tesla Roadster tersadai dalam kontena selama 13 tahun bakal dilelong RM3.34 juta

3 kereta Tesla Roadster tersadai dalam kontena selama 13 tahun bakal dilelong RM3.34 juta. Tiga buah kereta Tesla Roadster 2010 yang belum pernah digunakan akan dijual selepas berada di dalam kontena perkapalan yang terbiar sejak 13 tahun lalu di China.

Lapor Mail Online, kereta daripada model yang sering mendapat permintaan tinggi itu berada dalam keadaan baik namun tidak pernah diambil oleh pembelinya selepas dihantar ke pelabuhan di China.

Kini, Syarikat Permotoran Gruber yang merupakan broker Tesla Roadster berpangkalan di Arizona menyenaraikannya untuk sesi lelongan dengan harga 600,000 pound (RM3.34 juta) sebagai bidaan terakhir bagi ketiga-tiga kereta elektrik generasi pertama itu.

3 kereta Tesla Roadster tersadai dalam kontena selama 13 tahun bakal dilelong RM3.34 juta

“Bagaimana jika kita boleh kembali ke masa lalu dan membeli Roadster serba baharu daripada Tesla? Adakah anda akan melakukannya? Inilah peluang anda, memandangkan kapsul masa baharu sahaja dibuka.

“Pada tahun 2010, seorang pelanggan di China membeli tiga jenama LHD Roadster yang baharu daripada Tesla tetapi selepas dihantar ke dok di China, kereta ini ditinggalkan oleh pembelinya.

“Tiga kereta ini dibiarkan di dalam kontena laut, di pelabuhan tanpa disentuh tetapi caj penyimpanan terus dibayar oleh penjual,” jelas syarikat itu.

Ketiga-tiga kereta itu disenaraikan sebagai ‘Radiant Red’ Sport Roadster, dan dua Very Orange Sport Roadster yang dijual pada harga sekitar AS$128,500 (RM575,472) ketika keluaran pada tahun 2010.

Syarikat Permotoran Gruber berkata, ketika ini syarikat berkenaan tidak dapat memastikan sama ada kereta itu boleh dihidupkan kerana pek baterinya tidak aktif selama 13 tahun.

Menurut wakil syarikat itu, sebaik sahaja ketiga-tiga kereta itu kembali ke AS, kenderaan berkenaan akan dihantar untuk semakan teknikal sebelum dijual.

Baca Lagi:
Elak terkena sihir, jangan sesekali kutip duit syiling di 3 tempat ini
Cikgu dapat duit raya dari murid kelas RM5, siap nota kecil buat ramai sebak
Anwar bakal umum sesuatu petang ini di Dewan Merdeka selepas 26 tahun
CATEGORIES