3 hari menikah keluarga baru tahu rupanya menantu seorang wanita

Photo of author

By Syima Iza

3 hari menikah keluarga baru tahu rupanya menantu seorang wanita.

Perkahwinan sesama jenis di Cianjur, Jawa Barat di Indonesia membuatkan penduduk sekitar gempar dan video pernikahan itu tular di media sosial.

Perkara itu terbongkar setelah kelakuan aneh pengantin lelaki dihidu ahli keluarga pengantin perempuan tiga hari selepas pasangan berkenaan bernikah secara rahsia.

3 hari menikah keluarga baru tahu rupanya menantu seorang wanita

Mempelai lelaki yang dikenali sebagai HH, 24, yang disangka akan melindungi dan membahagiakan pasangannya sebenarnya seorang wanita.

Perkahwinan sesama jenis itu dilapor berlaku di Kampung Cimaladewa, Desa Pakuon, mukim Sukaresmi, Cianjur.

Pernikahan secara rahsia itu disempurnakan oleh ibu bapa atau wali pengantin wanita dan disaksikan oleh tokoh agama tempatan.

Ketua mukim Sukaresmi, Latif Ridwan berkata perkahwinan pasangan itu berlangsung pada 28 November, 2023.

Sebelum perkara itu terbongkar, pihak keluarga mahupun jiran tidak mengesyaki perkara yang luar biasa tentang mempelai lelaki.

“Namun, tiga hari selepas perkahwinan berlangsung, keluarga pengantin perempuan mula merasa curiga terhadap tingkah laku anak mereka SY sepanjang berada di rumah,” kata Latif pada Jumaat, lapor Okezone.com.

Setelah diasak keluarga pengantin wanita mengenai statusnya HH alias Ahdiyati akhirnya mengaku bahawa dia memang seorang perempuan sekali gus membuatkan keluarga pengantin perempuan terkejut.

@ywyoungwise #lgbt #tiktokindonesia #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ #videotrending ♬ original sound – Young Wise

“Keluarga segera melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Menurut keterangan keluarga itu, sambung Latif, HH sebelum ini pernah diusir dan ditolak oleh keluarga kerana tidak mempunyai identiti yang jelas.

Namun, setahun kemudian, HH kembali untuk melamar SY.

“Kerana tidak mempunyai identiti yang jelas, mereka dijodohkan secara rahsia. Diketahui HH alias Hadi Ahdiyat alias Ahdiyati berasal dari Kalimantan Selatan, Banjarmasin,” katanya.

Sementara itu, keluarga SY enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkahwinan sesama jenis itu.

Baca lagi:
Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leher
Guna bahasa kasar punca Warner Music tamatkan kontrak penyanyi Kaka Azraff
‘Abang Polis’ prihatin bantu ibu warga emas cari kotak awal pagi menyentuh perasaan