25 tahun angkut pelancong, tulang belakang gajah ini sampai bengkok

25 tahun angkut pelancong, tulang belakang gajah ini sampai bengkok

25 tahun angkut pelancong, tulang belakang gajah ini sampai bengkok. Seekor gajah kelihatan cacat setelah menghabiskan masa lebih 25 tahun dalam industri pelancongan di Thailand, di mana ia terpaksa mengangkut sehingga enam pelancong pada satu masa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Gajah bernama Pai Lin itu kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand di mana ia boleh berkeliaran tanpa dirantai dan bebas menikmati alam semula jadi.

Beberapa gambar menunjukkan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat dan melengkung secara semula jadi tetapi menekuk dan tenggelam akibat beban kerja yang berulang.

25 tahun angkut pelancong, tulang belakang gajah ini sampai bengkok

Perubahan bentuk fizikal itu kebiasaannya berlaku ke atas gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong, demikian menurut Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT).

WFFT mengeluarkan gambar Pai Lin bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana gajah menderita apabila menjadi sebahagian daripada industri pelancongan.

Gajah digunakan untuk ‘trekking’ sering menghabiskan sepanjang hari dengan mengangkut mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.

Tekanan berterusan pada badan gajah boleh merosakkan tisu dan tulang belakang, sekali gus mengakibatkan kerosakan fizikal yang tidak dapat dipulihkan. Belakang badan Pai Lin mempunyai parut kesan daripada titik tekanan yang lama.

Pengarah Projek di WFFT, Tom Taylor berkata: “ Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya, punggungnya tidak direka secara semula jadi untuk menanggung beban berat kerana tulangnya yang memanjang ke atas.

“Tekanan berterusan pada tulang belakang gajah daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” jelas Taylor.

Disifatkan sebagai ‘moyang’ tempat perlindungan gajah WFFT, Pai Lin kini berusia sekitar 71 tahun. Ia telah diselamatkan oleh WFFT pada 2007.

Terdapat kira-kira 3,000 gajah domestik di Thailand yang kebanyakannya bekerja dalam industri pelancongan atau pembalakan.

Baca Lagi:
Selepas ‘kantoi’ dakwa SPRM sogok RM10 juta kepada Wan Saiful, lelaki ini mohon maaf, salahkan wartawan
Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru
Warga emas jumpa kerongsang emas lama berbentuk hati bernilai RM123,864.00
CATEGORIES