23 tahun tak makan nasi, pengantin lelaki pesan isteri masak ‘western’ setiap hari

Photo of author

By Syima Iza

23 tahun tak makan nasi, pengantin lelaki pesan isteri masak ‘western’ setiap hari.

Seorang lelaki bernama Ammar Loy mendedahkan bahawa dia sudah 23 tahun tidak makan nasi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ammar memberitahu bahawa kali terakhir dia makan nasi adalah ketika berumur lima tahun.

23 tahun tak makan nasi, pengantin lelaki pesan isteri masak 'western' setiap hari

“Jangan paksa saya makan nasi, nanti hospital perginya. Kali terakhir makan nasi masa umur lima tahun, sekarang dah 28 tahun. Hampir 23 tahun tak sentuh nasi,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Ammar yang baru sahaja mendirikan rumah tangga berseloroh kepada isterinya supaya menyediakan makanan ‘western’ setiap hari.

“Awak kena masakkan saya makanan western setiap hari. Paling malas pun roti bakar sapu kaya pun okay dah,” gurau Ammar.

Sementara itu, Ammar turut memberitahu bahawa abangnya juga tidak makan nasi sejak berusia tujuh tahun.

“Tunggu giliran abang saya pula nanti naik pelamin. Sebab dia pun sama, sudah 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Kali terakhir dia makan nasi masa umur tujuh tahun. Kami cuma makan lauk je selalu,” katanya.

@ammar_loy Hidup tanpa nasi selama 23 tahun , alhamdulillah kini istri bakal ikut sama tak makan nasi juga HAHAHAH 😂😂, jangan pelik sy juga manusia biasa, bukan alien yang turun dari planet pluto 🙈 Ahli2 group tak makan nasi bersatu kumpul sini, kita buat group ws HAHAHHA mua by@FIFI CLIO groomingstylist by @Wan Jelani #fyp #fyppp #CapCut #kawansampaikahwin #pengantintakbolehmakannasi #allergicNasi #takmakannasidarikecil #pengantintakbolehmakannasidarikecil ♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin

Baca Lagi:
Peniaga makanan tampil mohon maaf, jelas maksud ‘berayaq’ yang sebenar
Ramai tak tahu, rupanya ini cara paling senang nak hilangkan bau hapak dalam kereta tanpa keluarkan modal
Dua negara ini bakal ada ‘kereta terbang’ menjelang 2026