23 tahun kerja atas kapal, lelaki ini dakwa pernah lihat rupa sebenar duyung.
Kewujudan makhluk laut ini yang lebih dikenali sebagai duyung masih menjadi tanda tanya hingga kini.
Namun, seorang pelayar telah tampil berkongsi kisah pertemuannya dengan duyung ketika bekerja di laut.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai CEO kapal menceritakan rupa paras seekor duyung ketika beliau sedang belayar 20 tahun lalu.
Ujarnya, duyung mempunyai wajah, namun tidak sesempurna manusia.
“Duyung ada wajah, cuma ada kekurangan berbanding dengan manusia. Tangan dia pendek, ada lima jari tapi macam katak,” katanya.
@ceokapal3.0 BANYAK LAGI YANG BELUM SAYA CERITAKAN BANG….SAYA BUKAN REKA CERITA SANG KANCIL DENGAN BUAYA…INI KISAH SAYA…#LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #pelautpunyacerita #pelautindonesia #pelaut #singapore #malaysia #tiktok #kuantan #sabahancrew_fams #pelautmalaysia #seaman #marine #seram #hantu #laut #sea #tiktok #ship #pelautmalaysia ♬ Horror, Fear, Mystery, Suspense, Criminal, Terror, Halloween, Movie, Soundtrack, OST, TV Game, Creepy(1323087) – SAKUMAMATATA
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kisah nenek moyang mereka yang dikatakan pernah melihat duyung ketika berlayar di lautan.