20 ekor lembu masuk kedai makan, video pelanggan panik jadi perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

20 ekor lembu masuk kedai makan, video pelanggan panik jadi perhatian ramai.

Pengunjung sebuah kedai makan berdepan detik cemas selepas ‘diserang’ kira-kira 20 ekor lembu yang secara tiba-tiba meluru masuk ke premis tersebut.

Perkara itu dikongsi @nikamiraa di akaun TikTok miliknya dan memaklumkan, insiden tersebut berlaku semasa dia dan rakannya sedang makan sebelum menyedari sekawan lembu meluru kearah meja mereka.

20 ekor lembu masuk kedai makan, video pelanggan panik jadi perhatian ramai

“Tengah makan, tiba-tiba lembu buat rombongan cik kiah pula, nasib baik kami tak kena sondol,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata orang memuji tindakan pantas pengunjung kedai yang bergegas menyelamatkan diri selain ada yang menyifatkan insiden ini tak endah seperti filem pengembaraan fantasi, Jumanji.

“Nasib baik pak cik baju merah yang berdiri dekat tepi selamat, kalau lembu nampak naya nanti kena sondol,” tulis Sha.

@nikamiraa tengah makan, tiba2 lembu buat rombongan cik kiah plak 😭 nasib baik xkena sondoi 🔫 #fyp ♬ bunyi asal – nikamiraa

“Aduh, kalau saya mungkin dah berterabur lari. Betul-betul macam dalam filem Jumanji,” komen Ros.

“Siapalah yang main Jumanji ni,” seloroh Sheera.

Setakat ini perkongsian tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan, 96,900 tanda suka, dan 25,700 perkongsian.

Baca Lagi:
Misteri kehilangan ‘Influencer’ terjawab, mayat di kerat-kerat ditemui dalam beg
Selepas terima surat jemputan debat, Syahir ikut jejak langkah Sanusi, tolak debat dengan Rafizi
Konsert rock menjadi kecoh, penyanyi biadap buka seluar ketika persembahan