20 ahli gengster mengamuk di upacara pengebumian

20 ahli gengster mengamuk di upacara pengebumian

20 ahli gengster mengamuk di upacara pengebumian. Polis Johor sedang memburu sekumpulan 20 anggota kongsi gelap yang melakukan rusuhan dalam satu upacara pengebumian di sebuah premis pengurusan mayat bukan Islam, di sini kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, sehari sebelum kejadian, mangsa yang juga mempunyai beberapa rekod jenayah telah dibunuh secara kejam menggunakan senjata api.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan juga Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

20 ahli gengster mengamuk di upacara pengebumian

“Pada 20 Mac lalu, ada seorang lelaki Cina berusia 30-an dibunuh di Taman Melodies, di sini. Mangsa telah ditembak namun siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut.

“Keesokkan harinya, semasa upacara pengebumian mangsa, sekumpulan 20 lelaki telah datang dan membuat kekacauan di tempat sembahyang mendiang, jadi usaha mengesan pelaku sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa terlibat dalam satu kes pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak, di Taman Pelangi, di sini, enam tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa telah ditembak di sebuah kedai serbaneka 24 jam pada pukul 1 pagi ekoran berlaku dendam antara pihaknya dengan kumpulan kongsi gelap.

Sementara itu, dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan keranda dipercayai berisi mayat mendiang dan juga papan bunga kalung telah dijatuhkan.

Baca Lagi:
Suami handsome isteri cantik, tak sangka pengotor tahap gaban
Lelaki terima wang ‘Dana insuran patah hati’ berjumlah RM1,354 setelah dicurangi kekasih
Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI

 

CATEGORIES