Pempengaruh media sosial, Syamimia mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya ‘unboxing’ peti ais jenama SMEG menerusi hantaran di TikTok.
Menerusi hantaran tersebut, Syamimia memaklumkan bahawa dia akhirnya berjaya membeli peti ais berjenama mewah tersebut selepas menabung selama dua tahun.
Menurut Syamimia, dia membeli peti ais tersebut bersempena ulang tahun kelahirannya pada 8 April lalu.
“Dua tahun menabung. Tarikh peti ais ini dihantar ialah pada 8 April (hadiah hari jadi untuk saya daripada saya),” katanya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya tertanya-tanya mengenai harga peti ais yang dibeli pempengaruh tersebut.
@syamimiaa 2 years of saving! Date received: 8 April 2024 (a little birthday gift from me to myself) 💋 #smegfridge #bekind ♬ espresso sabrina – celebs media
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang bertanyakan apakah kelebihan yang ada pada peti ais ini sehinggakan harganya begitu mahal sekali.
Sebelum ini, Syamimia teruk dikecam selepas membuat pendedahan bahawa dirinya hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.