2 remaja ditahan selepas hina dan carut pembuat kertas soalan sejarah

2 remaja ditahan selepas hina dan carut pembuat kertas soalan sejarah

2 remaja ditahan selepas hina dan carut pembuat kertas soalan sejarah. Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja masing-masing berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun jam 10.53 pagi semalam.

“Terdahulu, polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook yang berlaku di daerah ini.

2 remaja ditahan selepas hina dan carut pembuat kertas soalan sejarah

 

“Video itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan.

Baca Lagi:
Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia
Apa kerja dia buat?, baru umur 14 tahun dah dapat gaji RM400 ribu sebulan
Lebih 130,000 wanita lepas bersalin bakal terima manfaat geran Perkeso
CATEGORIES