2 polis ditahan kes samun, rogol pelajar Uzbekistan 17 tahun

2 polis ditahan kes samun, rogol pelajar Uzbekistan 17 tahun

2 polis ditahan kes samun, rogol pelajar Uzbekistan 17 tahun.

Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, ditahan berhubung kes samun dan rogol ke atas satu pasangan di Bukit Ampang, Ampang Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9.45 malam, kedua-dua suspek yang melakukan rondaan memeriksa sebuah kereta jenis Volkswagen Golf yang sedang berhenti, dinaiki mangsa seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun dan seorang wanita warga Uzbekistan berusia 17 tahun.

2 polis ditahan kes samun, rogol pelajar Uzbekistan 17 tahun

Kedua-dua suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kemudian disyaki mengarahkan mangsa membayar RM500 selepas memaklumkan bahawa lelaki terbabit akan ditangkap dan dibawa ke Balai Polis sekiranya gagal membayar wang tunai RM2,000 atas satu kesalahan lalu-lintas yang dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kedua-dua suspek telah membawa dua mangsa terbabit ke lokasi berbeza sebelum berlakunya kejadian samun dan rogol.

“Salah seorang suspek kemudian dipercayai membawa mangsa ke sebuah bank di Taman Muda, Ampang, dengan menaiki kereta mangsa untuk mengeluarkan wang yang diminta oleh suspek.
“Salah seorang suspek (anggota polis) telah merogol mangsa wanita ketika seorang lagi suspek membawa mangsa lelaki ke sebuah bank,” katanya kepada BH hari ini.

Hussein berkata kedua-dua suspek ditahan jam 6 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ampang Jaya, kini sedang direman selama tujuh hari.

Bagi kedua-dua kes ini dua kertas siasatan telah dibuka, satu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan satu lagi di bawah Seksyen 395/397 kanun yang sama.

Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 376 KK, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat manakala Seksyen 395/397 KK boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Baca Juga:
CEO syarikat AI sumbat mayat anak lelaki 4 tahun dalam bagasi di tahan polis
Empat Petugas Jakoa berdepan detik cemas, kereta dihanyut arus ketika misi bantuan banjir
‘Buktikan saya rasuah YDPA hingga RM1 billion’ – Tun M
CATEGORIES