Boleh dikatakan agak rare bila melihat budak-budak zaman sekarang ini tak ada smartphone, sebab zaman sekarang nak belajar pun memerlukan peranti tersebut.
Banyak perkara berkenaan perihal pembelajaran yang disampaikan menerusi WhatsApp, contoh paling kita boleh nampak adalah masa PKP bila smartphone menjadi tool paling penting untuk menimba ilmu pengetahuan.
Dalam satu video yang tengah tular ini, seorang pelajar ini boleh dikatakan tergolong dalam kalangan rare apabila dia tidak pernah ada telefon bimbit sendiri sejak dari kecil.
Namun, selepas habis SPM, bapanya memberikan hadiah telefon bimbit kepada gadis yang dikenali sebagai Nasuha ini. Jelas terpancar tangisan kegembiraan adik Nasuha ini apabila melihat hadiah kejutan daripada bapanya yang merupakan telefon bimbit jenis iPhone.
Sambil menangis, Nasuha memeluk bapanya dan menjelaskan bahawa dia sudah menunggu selama 18 tahun untuk mendapatkan telefon bimbit itu. Difahamkan, kakak dan abang Nasuha juga begitu.
For me yang tak guna telefon smpai spm ni kan selalunya mak ayah ikhlas nak berjayakan anak-anak.
tahniah dik, semoga berjaya dunia akhirat dapat balas jasa mak & ayah ✨ pic.twitter.com/CPdp5jrKBK
— ًِ (@bckupacc99) March 5, 2024
For me yang tak guna telefon smpai spm ni kan selalunya mak ayah ikhlas nak berjayakan anak-anak.
Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji cara didikan si bapa ini kerana dianggap begitu ikhlas untuk membuatkan anaknya berjaya selain ada yang turut teruja dan sebak apabila melihat reaksi Nasuha ini.