15 hari pun masih segar macam baru petik, ini petua simpan sayur supaya tahan lama

Photo of author

By Syima Iza

15 hari pun masih segar macam baru petik, ini petua simpan sayur supaya tahan lama.

Seorang pengguna laman Facebook berkongsi satu petua untuk menyimpan sayur agar tahan lama dan tidak cepat layu.

Selalunya, herba segar akan dibuang kerana cepat rosak. Namun, dengan petua ini sayuran akan kekal segar seperti baru dipetik walaupun sudah 15 hari disimpan dalam peti sejuk.

15 hari pun masih segar macam baru petik, ini petua simpan sayur supaya tahan lama

Selain itu, cara ini bukan sahaja dapat membuatkan sayur tahan lebih lama, malah dapat mengelakkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan bulanan.

Jika ingin mengetahui petua tersebut dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian oleh Yuss Aisya di bawah. Cara ini sesuai untuk semua jenis sayur.

Petua Sayur Tahan Lama & Tidak Cepat Rosak

“Selama 15 hari dalam bekas itu, sayuran masih segar seperti baru dipetik. Penggunaannya sangat jimat. Dahulu, herba segar sering dibuang kerana rosak.

Terima kasih kepada saudari yang berkongsi petua untuk menyimpan sayuran. Petua tersebut amat berguna bagi saya.

Petuanya adalah dengan mencuci bersih sayuran atau herba segar, mengeringkannya, dan menyimpannya dalam bekas kedap udara seperti plastik ziplock atau bekas plastik biasa yang juga kedap udara.”

Jom sama-sama praktikkan petua ini ya. Bukan sahaja boleh mengurangkan pembaziran makanan, tapi juga boleh jimat duit belanja!

Baca Juga:
Penduduk Batang Kali terkejut Albertine ditemui di hotel bajet
Ibu cemas anak hilang rupanya tak naik bas sekolah tapi jalan kaki 3km pergi pusat beli-belah
Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila