14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket

14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket

14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket. Penyokong bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Negeri Sembilan; dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementerian berkenaan bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut.

14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket

“Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa, dengan Vietnam muncul selakujuara kumpulan.

Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.

14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket

Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.

Kesemua 59,000 tiket bagi aksi esok telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam.
Baca Lagi:
‘Rupanya menyamar pakai tudung’, warga Rusia dedah pengalaman cerobah Menara Merdeka 811
Budak 9 tahun hidup seksa melecur separuh badan tanpa rawatan terbongkar!
Anak dakwa bapa beli daging babi untuk dimasak
CATEGORIES